Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 2:37pm

Huawei MediaPad M5 Dan M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia

Menghampiri 4 bulan usianya, Huawei MediaPad M5 dan juga Huawei MediaPad M5 Pro sudah dibawa masuk ke pasaran Malaysia hari ini.

Acara pelancaran diadakan di Caffeinees, Kampung Pandan dan berikut merupakan spesifikasi yang  ditampilkan kedua-dua model yang disebut sebagai tablet gaming.

Dari segi rekaan, M5 didatangkan dengan layar paparan bersaiz 8.4 inci beresolusi 2560 x 1600p dan berukuran 212.6mm x 124.8mm x 7.3mm.

Sementara itu, M5 Pro pula mengetengahkan saiz yang lebih besar sedikit, dengan skrin paparan 10.8 inci (2560 x1600p) serta berukuran 258.7mm x 171.8mm x 7.3mm. Versi Pro turut disertakan dengan Huawei M-Pen, memudahkan pengguna untuk menulis serta melukis pada peranti. Selain itu, M5 Pro boleh diubah menjadi mod komputer dengan adanya papan kekunci.

Bagi fungsi stereo, M5 dilengkapi dengan dwi speaker dari Harmon Kardon manakala M5 Pro pula dihuni dengan quad speaker, juga dari Harmon Kardon.

Bakal diperkasakan dengan cip pemprosesan 8 teras Kirin 960, M5 dan M5 Pro akan menjalankan sistem operasi Androi 8.0 diserikan lagi pula bersama antaramuka EMUI 8.0.

Dibahagian memori, keduanya berkongsi spesifikasi yang sama iaitu RAM 4GB, dan storan dalaman 64GB yang boleh ditingkatkan lagi melalui slot kad MikroSD sehingga 256GB.

Menggunapakai lensa 13MP sebagai kamera utama dan bahagian hadapan diletakkan kamera 8MP untuk swafoto. Mempunyai saiz yang besar, sudah pastinya ia akan dijana dengan bateri berkapasiti 5100 mAh (M5) dan 7500 mAh (M5 Pro) melalui port pengecasan USB Type-C.

Tanda harga yang ditetapkan untuk Huawei MediaPad M5 adalah RM1499 manakala Huawei MediaPad M5 Pro pula didagangkan pada harga RM1899.

Bersama-sama dengan pembelian dua peranti ini, anda boleh menikmati akses Viu secara percuma selama 6 bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 10 Jul 2018

Samsung Galaxy S10+ Akan Memiliki 5 Kamera

Kehadiran peranti flagship dari Samsung semestinya menjadi perhatian ramai dan tahun ini kita telah menyaksikan barisan Galaxy S9 diperkenalkan dengan membawakan rekaan yang sedikit unik, aperture kamera yang boleh dilaras secara mekanikal. Langkah yang diambil mereka menempatkan S9 antara […]

Automobile Thu, 13 Sep 2018

38 Lamborghinis Already Sold This Year!

I wonder if any of them were purple…

TECH Mon, 11 Nov 2019
TECH Sun, 7 Jan 2018

Tips Kembalikan Nama Pengirim Dan Previu Whatsapp Pada Lock Screen iPhone Anda

Beberapa rungutan daripada pengguna iPhone berkenaan nama pengirim dan previu mesej tidak lagi dapat dilihat pada pusat notifikasi di lock screen peranti mereka.

TECH Wed, 24 Oct 2018

回归初衷!脸书Messenger全面改版

社群媒体巨擘脸书(Facebook)今天宣布:旗下聊天软体Messenger手机App全面改版,大幅简化页面设计,希望让全球每月13亿用户使用起来更简洁有力。

TECH Mon, 15 Jan 2018

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Berkongsi Fail dari peranti Android terus ke PC secara “Wireless”, jom cuba

TECH Wed, 12 Dec 2018

Cara Untuk Jadikan Peranti Pintar Sebagai “Speaker” PC

Sebagai langkah alternatif untuk PC yang yang rosak atau tiada pembesar suara, berikut kami kongsikan cara untuk menjadikan peranti pintar Android sebagai sebuah pembesar suara bagi PC ataupun komputer riba.

Automobile Tue, 24 Dec 2019
TECH Mon, 12 Nov 2018

「鱼草共生」鱼缸征服上班族忙碌的心

疗愈系桌上盆栽是近年的办公室新宠!台湾团队ARKY 利用鱼排泄物或残余饲料来灌溉盆栽,推出不需化学肥料的「鱼草共生鱼缸」适合当成摆设或送礼。

TECH Mon, 17 Dec 2018

「年度最弱密码」这里边有你的吗?

「123456」和「password」连续第5年成为最差密码!到底还有哪些“成功”登榜呢?

error: Content is protected !!