Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 15, 2026 @ 5:50pm

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Industri muzik tempatan terus menunjukkan perkembangan baharu menerusi single terbaharu berjudul Merayu Angan yang menghimpunkan dua dunia berbeza, Siti Nordiana selaku figura nyanyian terkenal dan Apit Tearra, artis rap generasi baharu yang sedang meningkat naik.

Lagu ini tampil dengan konsep rap berunsur jiwang leleh, satu gabungan yang jarang diberi fokus secara serius dalam arus muzik tempatan, sekali gus membawa kelainan kepada pendengar pelbagai latar dan generasi.

Merayu Angan mengadun emosi cinta yang rapuh dengan susunan rap yang lebih lembut, puitis dan dekat dengan rasa, menjadikan mesejnya mudah dirasai.

Antara tarikan utama, Siti Nordiana atau Nana mencuba elemen rap buat kali pertama dalam sesebuah karya, sesuatu yang memperlihatkan sisi baharu yang lebih segar dan kontemporari, namun masih mengekalkan identiti jiwang yang sinonim dengan dirinya.

Nana menyifatkan pengalaman itu sebagai cabaran yang berbeza, malah pada awalnya ada rasa gementar kerana belum pernah mencuba rap.

“Ini pengalaman yang lain daripada kebiasaan. Saya pertama kali cuba rap dan mula-mula memang takut juga. Tapi bila saya dengar konsep penuh lagu ini, saya rasa ia segar dan jujur. Gabungan rap dengan jiwa lagu jiwang bagi saya ruang untuk luahkan emosi dengan cara yang berbeza,” katanya.

ARTIKEL LAIN: Siti Nordiana Tampil Muzik Irama Malaysia, Impian Selama 2 Tahun Tercapai – “Single ‘Ahai’ Memang Jiwa Saya”

Sementara itu, Apit Tearra tampil dengan pendekatan rap yang lebih emosional dan tidak terlalu ‘keras’, sebaliknya memilih gaya yang dekat dengan realiti pendengar tempatan.

Katanya, Merayu Angan dihasilkan sebagai sebuah lagu rap yang ‘lembut’ tetapi menyentuh, selain menganggap peluang bekerjasama dengan Nana sebagai satu penghormatan besar.

ARTIKEL LAIN: Menggamit Kenangan, Menjentik Emosi Dalam Konsert Memori Berkasih 25 Tahun Siti Nordiana

“Saya nak lagu ini jadi rap yang orang kita boleh rasa. Bukan rap yang garang, tapi rap yang jujur dan leleh. Dapat bekerjasama dengan Nana memang satu penghargaan sebab emosi dan vokal yang dibawa sangat kuat, sampai buat lagu ini hidup dengan cara yang saya sendiri tak jangka,” katanya.

Kolaborasi ini memperlihatkan rap dan jiwang mampu digabungkan secara harmoni, sekali gus membuka ruang penerokaan baharu dalam muzik tempatan dan menawarkan kelainan kepada pendengar arus perdana. Single Merayu Angan kini sudah boleh distrim di semua platform digital utama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sindir Penyanyi Muda ‘Bodoh’, Nabila Huda Beri Penjelasan

Harap dipermudahkan segala masalah mereka

Trending Fri, 2 Feb 2018

85kg肥妹遭霸凌 减肥患病瘦成「25kg肉干骷髅」

英国沃勒西(Wallasey)23岁汉娜(Hannah Lucas)最胖时期有85公斤,超壮硕的身材、肥滋滋的油肚成为同学之间嘲笑的题材,让她每天备受嘲讽霸凌。在她下定决心减肥,每想到减过头罹患厌食症,体重掉到只剩25公斤,顿时失去生存的意义。

Trending Sun, 4 Apr 2021
Trending Thu, 11 Apr 2019

#JusticeForAudrey: Teenage Girl Brutally Bullied and Hospitalised by Other Teen Girls

They’re only teenagers and they had the audacity to hurt someone else like this!

Hiburan Tue, 11 Feb 2020
error: Content is protected !!