Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 2:50pm

Apple Mahu Menghentikan Pengeluaran iPhone X dan iPhone SE

Semua sedia maklum bahawa Apple akan memperkenalkan tiga model baru peranti iPhone mereka pada tahun ini. Keluaran kali ini diharapkan dapat mengembalikan prestasi jualan mereka ke tahap terbaik selepas sambutan terhadap iPhone X dilihat agak kurang memberansangkan.

Sehubungan dengan itu, Apple dikatakan akan menghentikan pengeluaran iPhone X dan iPhone SE pada masa terdekat. Ramai berpendapat bahawa kelas harga yang terlampau tinggi bagi peranti iPhone X menyebabkan kurangnya permintaan terhadap peranti tersebut.

Apple bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan menyatakan iPhone X adalah merupakan salah satu keluaran mereka yang paling popular. Malah mereka juga menegaskan prestasi jualan mereka adalah sangat baik berdasarkan jumlah pendapatan yang mereka perolehi sejak peranti berkenaan diperkenalkan.

Menurut pengkaji dari BlueFin Research, Apple perlu untuk menghentikan pengeluaran dua peranti ini bagi memberi lebih tumpuan kepada tiga peranti yang akan dilancarkan kelak. Bagi iPhone SE walaupun baru dua tahun dilancarkan, perantiitu sebenarnya mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6 yang dikeluarkan pada tahun 2014.

Tiga model iPhone bagi tahun ini amat penting bagi memulihkan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tim Cook. Beliau dikecam oleh segelintir pelanggan mereka di mana Apple dibawah pimpinan beliau dikatakan kurang inovatif dan kreatif dalam melakukan pembaharuan berbanding mendiang Steve Jobs.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 20 Nov 2017

Cara Untuk Menukar “Background” Gambar Menggunakan Android

Sebelum ini kami pernah berkongsi kaedah ini menggunakan perisian Adobe Photoshop. Berikut salah satu kaedah yang boleh digunakan dengan menggunakan Android. Caranya sangat mudah, boleh sahaja ikuti langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pasang aplikasi Auto Photo […]

TECH Fri, 7 Sep 2018

Cara Nak Pilih Monitor

Apakah yang perlu anda tahu bila ingin memilih screen monitor.

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

TECH Mon, 11 Jun 2018

Tips Buat Kad Raya Menggunakan Android

Kad raya digital? Terfikir untuk buat kad raya raya dengan menggunakan telefon pintar anda?

TECH Wed, 11 Jul 2018

晚上睡觉要关WIFI吗?真相惊人

基本上家家户户都有WiFi,且超过一半的家庭晚上睡觉时是不会关掉WiFi。而近日疯传长期不关闭WiFi对人体有害,这是真的吗?

TECH Thu, 20 Dec 2018

4 Tips Memilih Casing Telefon pintar yang Tepat

Selain berfungsi untuk melindungi, casing juga boleh mencantikkan telefon pintar kesayangan. Namun, jangan salah langkah untuk memilih aksesori ini yang kini mula kembali disukai banyak penyuka alat.

TECH Tue, 25 Dec 2018

Lelaki Tipu IPhone Dan Macbook Dicuri Untuk Tuntut Wang Insuran

Bongkar penipuan seorang lelaki yang menipu syarikat insuran untuk mendapatkan wang menerusi tuntutan palsu insuran.

TECH Tue, 29 Oct 2019

Touch‘n Go eWallet再创先锋!与Lazada Malaysia联手打造无缝网络购物体验

Touch‘n Go eWallet宣布与Lazada Malaysia合作,扩大其商家接受度以便超过500万名用户可在网络购物时使用电子钱包付款。

TECH Mon, 6 May 2019

成人内容回归Tumblr有望? Pornhub透露有意收购

近期Verizon计画出售社群平台Tumblr,Pornhub透过媒体表示有意收购。

TECH Wed, 9 May 2018

这款移动电源居然永不断电?简直是户外神器

世界上最痛苦的事情不是没有手机,而是明明手机在手里却没电,所以移动电源成了很多人手机的标配,但是如果移动电源也没电了呢?

error: Content is protected !!