Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 20, 2026 @ 4:35pm

Berhasrat Tambah Anak Ketiga, Awal Ashaari & Scha Alyahya Serah Pada Rezeki – “Keinginan Tu Ada Tapi Perlu Tengok Pelbagai Faktor”

“Memang ada keinginan nak tambah anak tapi sebagai manusia perlu tengok pelbagai faktor,”

Demikian respons pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang secara terbuka mendedahkan dia mempunyai hasrat untuk menambah cahaya mata.

Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Haji Ashaari, 44, bagaimanapun menegaskan selain faktor kewangan dan umur, anak-anaknya bersama isteri, selebriti Scha Alyahya juga perlu bersedia menerima adik baharu.

“Memang ada keinginan untuk tambah anak. Saya tidak menolak, kalau ada rezeki Alhamdulillah. Sebagai manusia, macam isteri saya cakap tentang faktor umur, kewangan dan kesesuaian kena tengok sebab kami pernah ada anak yang jaraknya jauh.

“Bukan kami sahaja perlu bersedia, tetapi anak-anak juga kena bersedia untuk tiba-tiba menyambut kedatangan seorang lagi adik baharu,” katanya.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi beg tangan terbaru jenama Ayaya di ibu kota, semalam.

Sementara itu, Awal berkata dia dan Scha ada berbincang mengenai perkara tersebut pada penghujung tahun lalu, terutamanya memikirkan kondisi fizikal isterinya sebagai wanita mencecah usia 40-an.

“Kami ada berbincang hujung tahun 2025, Scha tanya sama ada betul ke kami berdua serius nak anak ketiga sebab sebagai wanita dia perlu bersedia dengan vitamin, tak boleh terlalu lasak atau aktif buat senaman intensif.
“Rutin dia perlu berubah untuk komited mendapatkan zuriat lagi, apa pun segalanya bergantung kepada rezeki,” katanya.

Dalam pada itu, Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, turut mendedahkan dia juga mempunyai keinginan tersebut namun perlu memikirkan soal faktor usia.

“Saya dah banyak kali bercakap dengan Awal isu ini di mana saya pun kadang-kadang teringin (tambah anak).

“Tapi saya dah menjangkau usia 40-an, saya rasa kalau ada rezeki saya tak menolak tapi saya tidak mencubalah sangat.

“Tidak mahulah kata tutup kilang. Kalau ada, ada. Kalau tak, saya reda saja,” katanya.

Sekadar info, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Lara Alana, 12, dan Lyla Amina, 5.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 May 2025
Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Sat, 7 Jan 2023

Kongsi Tip Nikah Dua, Nurul Zahid Akui Nikmat Perkahwinan Poligami

Sering memberi kenyataan mengenai keindahan berpoligami, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid sekali lagi menjadi perhatian warganet setelah memuat naik satu hantaran di laman TikTok. @dnznurulCaption di IG sy – @nurul.zahid Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah […]

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

Pesan Yung Raja Dalam ‘Mad Blessings’

“Stay Blessed” telah menjadi satu cogan kata media sosial yang lapuk seketika tapi kini, Yung Raja, telah menghidupkan mantera yang memberi erti bersyukur dan dirahmati.

Trending Fri, 29 Jun 2018

Anak Fasha Sandha Menangis Kerana Inginkan Ibunya Kahwin Lagi

Fasha kongsi video gelagat anak sulungnya menangis mahukan dia berkahwin di Instagram miliknya pada Ahad lalu.

Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat. Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. “Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta […]

Hiburan Wed, 9 Oct 2019

Selepas 27 Tahun, Akhirnya Nico G…

Wah…lama tak dengar pasal kumpulan Nico G!

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Zizan Razak Dedah Ibu Bapa Pernah Halang Jadi Artis, Main Gitar – “Kawasan Rumah Saya Dah Macam Filem Pablo Escobar”

Ibu bapa mana tak nak yang terbaik buat anak mereka kan tapi kena juga ambil kira minat anak

error: Content is protected !!