Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin January 21, 2026 @ 11:17am

“Jangan Cari Coach Cerai Kalau Ada Masalah Rumah Tangga”- Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama

“Nasihat yang tidak bersandarkan syariat, yang datang daripada pihak tidak berautoriti bukan sahaja mengelirukan malah berpotensi merosakkan rumah tangga”.

Demikian kenyataan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli ketika sesi soal jawab yang diadakan di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Tegasnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya mendapatkan khidmat individu yang digelar sebagai ‘coach cerai’ dalam menyelesaikan masalah rumah tangga.

Malah, isu tular berkaitan ‘coach cerai’ perlu dijadikan pengajaran kepada masyarakat khususnya terhadap sebarang nasihat melibatkan perkahwinan dan perceraian.

Tambahnya, isu rumah tangga perlu dibuat berlandaskan ilmu, kefahaman serta bimbingan yang betul, selain melibatkan pihak berautoriti.

“Isu coach cerai ini memberikan pengajaran bahawa sebarang nasihat berkaitan perkahwinan dan perceraian perlulah melalui pendekatan ilmu, kefahaman, bimbingan dan tidak dilupakan autoriti yang jelas.

“Nasihat yang tidak bersandarkan syariat, yang datang daripada pihak tidak berautoriti bukan sahaja mengelirukan malah berpotensi merosakkan rumah tangga,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Marhamah menggesa agar pasangan suami isteri yang berdepan masalah agar mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak berautoriti seperti kaunselor bertauliah, Jabatan Agama Islam serta Mahkamah Syariah.

Ini kerana, pihak-pihak tersebut berperanan melindungi hak suami dan isteri, malah penting bagi memastikan setiap keputusan dibuat secara berhikmah, berpandukan syariat serta memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak.

“Dan ditekankan disini bahawa, penggunaan islah dan rundingan yang adil perlu diambil sebelum apa-apa tindakan diteruskan.

“Oleh itu, mendapat nasihat daripada pihak berautoriti seperti, kaunselor bertauliah, Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah bukan sahaja dapat melindungi hak dan pasangan suami isteri tetapi perlu bagi  memastikan keputusan yang dibuat dalam keadaan hikmah, berpandukan syariat dan memberikan manfaat jangka panjang.

“Kesedaran ini penting untuk membina masyarakat yang bijak dalam menilai nasihat, memelihara institusi keluarga dan mencegah kerosakan yang boleh dielakkan,” jelasnya.

Sumber: Youtube Berita Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Mar 2023
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

South Korea’s First Gay Idol Shares That He was Bullied by Other Idols!

He has expressed his reasons to coming out and even revealed that other idols have bullied him before.

Featured Sat, 14 Dec 2019

Sukar tidur? 5 tanaman ini mampu buat tidur lebih nyenyak

Tidak perlu lagi bergantung pada pil tidur

Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Hiburan Wed, 4 Oct 2023

“Lebih Selesa Keluar Dengan Adik-Beradik, Friend For Benefit I Avoid” – Jauhi Kawan Toksik, Che Ta Akui Banyak Luangkan Masa Untuk Beribadat

‘Depan baik, belakang menikam’ Setuju kata Che Ta kena jauhkan diri dari kawan toksik ni 😌

Trending Thu, 22 Feb 2018

KENAPA WANITA SUKAR DIFAHAMI?

Kaum lelaki harus faham, wanita tidak berterus terang dan selalunya menggunakan pendekatan ‘berkias’. Seringkali, lelaki perlu berusaha memahami segala kehendak wanita.

Hiburan Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

error: Content is protected !!