Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 21, 2026 @ 2:45pm

Meerqeen Buka 2026 Dengan Meet & Greet Bersama Peminat di Jakarta – “Terima Kasih Luang Masa, Sanggup Travel Demi…”

Pelakon popular, Meerqeen, 24, membuka tahun baharu 2026 dengan momen manis apabila mengadakan sesi meet and greet bersama peminat di Jakarta, baru-baru ini.

Menurut Meerqeen, pertemuan itu menghimpunkan kira-kira 100 peminat yang hadir dari pelbagai lokasi di Indonesia, termasuk dari Malaysia dan Singapura.

“Seronok sangat dapat buka tahun baharu dekat Jakarta dan bertemu peminat Indonesia. Saya rasa ini cara paling bermakna untuk mulakan 2026, sebab saya dapat jumpa orang-orang yang selama ini sokong saya tanpa henti.

“Saya juga terharu ada peminat dari Malaysia dan Singapura juga turut serta turun ke Indonesia menyertai sesi pertemuan ini. Ia menjadi semangat untuk saya membuka lembaran tahun baharu,” katanya.

Hero filem Klepet ini mengakui dia gembira dengan sambutan dan keramahan peminat di Indonesia, malah menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang akan sentiasa dikenang.

“Saya betul-betul terharu. Orang di sini baik, ramah dan energy mereka lain macam. Saya rasa macam diterima dengan sangat ikhlas, sampai saya sendiri jadi sebak,” ujarnya.

Dalam masa sama, Meerqeen turut berkongsi azam untuk tahun ini apabila menyimpan hasrat mahu menjayakan lebih banyak projek di Indonesia, selain mengembangkan kerjaya ke peringkat serantau.

“Insya-Allah, tahun 2026 ini saya simpan satu hasrat besar, saya nak jayakan beberapa projek di Indonesia. Saya nak cuba buat sesuatu yang boleh connect dengan audience di sini dan saya harap peminat akan terus doakan perjalanan saya,” katanya.

Meerqeen turut merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir, sambil menegaskan sokongan peminat menjadi antara kekuatan utama untuk dia terus bekerja keras.

“Saya hargai setiap orang yang datang. Terima kasih sebab luangkan masa, sanggup travel dan sanggup tunggu. Saya memang sayang peminat dan saya tak pernah anggap sokongan itu benda kecil,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Sat, 23 Mar 2019

#xtra好康头 | 送你《冰上迪士尼之精米奇超级星光汇演》入门票

#xtra好康头 送你《冰上迪士尼之精米奇超级星光汇演》入门票!

Featured Thu, 21 Sep 2023
Trending Wed, 16 Jun 2021
Featured Wed, 21 Apr 2021

Persoal Cinta Kepada Ilahi, Autotune Band Dan The Truth Tampil Menerusi Bukti

Pernah viral menerusi cover Panama versi dakwah di YouTube Malaysia, Autotune Band tampil berani mempersoalkan bukti cinta sebenar umat Islam dalam sebuah karya baru bertajuk Bukti. Bukti membawakan mesej mengenaj kecintaan kita kepada llahi. Hari […]

Trending Wed, 17 Mar 2021

Dulu Dikritik Di Vokal Mania, Kini Nuha Bahrin Bangkit Dengan Single XSEMPURNA

Masih ingat dengan Nuha Bahrin? Gadis kecil molek ini pernah terpalit kontroversi dan dikritik ketika menyertai program realiti Vokal Mania sebagai rookie. ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania – Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk […]

Hiburan Sun, 30 Jul 2023
Hiburan Wed, 4 Mar 2026

Boss Ned Persoal Mengapa Bisnes ‘Slow’ Sepanjang Ramadan, Respons Nora Danish Raih Tumpuan

Nora yang membalas ciapan tersebut dengan berpendapat Allah SWT meminta hambaNya untuk beribadah.

error: Content is protected !!