Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 11, 2018 @ 3:11pm

Samsung Electronics Mengumumkan Penghasilan Cip Memori V-NAND Generasi Ke-5

Samsung Electronics sebagai pengeluar komponen elektronik terbesar di dunia termasuk penghasilan cip pemprosesandan memori telah mengumumkan yang mereka telah memulakan kerja-kerja penghasilan cip memori V-NAND generasi ke-5 mereka.

Cip dengan antaramuka ‘Toggle DDR 4.0’, pertama di dalam industri itu menjanjikan 40% peningkatan prestasi dalam urusan pemindahan data antara storan dan memori. Peningkatan prestasi tersebut tidak sama sekali mengorbankan kecekapan tenaga berbanding cip terdahulu kerana voltan operasi telah diturunkan dari 1.8 V kepada 1.2 V.

Cip V-NAND terbaru ini juga mempunyai kelajuan menulis terpantas ketika ini yang berada pada kelajuan 500 us; peningkatan sebanyak 30% berbanding cip terdahulu. Masa reaksi untuk membaca juga telah diturunkan sehingga 50 us.

Kesemua ini memastikan SSD generasi seterusnya mempunyai komponen yang berkemampuan memberikan prestasi yang lebih pantas seterusnya menghasilkan solusi memori yang lebih cekap kepada pengguna.

Di dalamnya mempunyai lebih dari 90 lapisan sel 3D charge trap flash (CTF), paling banyak di dalam industri yang disusun di dalam struktrur piramid dengan sambungan saluran mikroskopik menegak. Saluran ini yang hanya berdiameter kurang dari 1m mengadungi lebih dari 85 bilion sel CTF yang berkemampuan menyimpan 3 bits data setiap satu.

Samsung akan terus mempercepatkan penghasilan V-NAND mereka untuk memenuhi permintaan pasaran yang merangkumi perkomputeran, pelayan perusahaan dan aplikasi mobil seperti telefon pintar.

Sumber: Samsung Newsroom,TechPowerUp

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 30 Oct 2018

Instagram荣登美国青少年最喜爱使用的社群平台

调查显示,全美国有高达85%的青少年平均每月至少使用一次Instagram!

TECH Fri, 13 Jul 2018

AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

Advanced Micro Devices dan Synaptics akan bekerjasama dalam membawakan sistem keselamatan biometrik ke dalam PC. AMD melalui cip Ryzen mereka dan Synaptics melalui sensor FS7600 Match-In-Sensor akan digabungkan bersama bagi mewujudkan sistem keselamatan yang boleh diharapkan. Tidak dipastikan lagi […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Cara Menambah Fungsi Fingerprint Selain Membuka Lockscreen

Sistem keselamatan telefon pintar kini lebih moden dimana hanya dihujung jari sahaja

TECH Thu, 3 Jan 2019

低头族有救了! 4招让你有效预防肩颈酸痛

低头族看过来!趋势而言,全球人们生活上一定会越来越依赖智慧型手机,眼睛承受压力只会越来越重。

TECH Fri, 26 Oct 2018

Guna Telegram, Ini Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara mudah untuk muat turun video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram.

TECH Wed, 10 Jul 2019

5 “Bluetooth Headphone” Terbaik Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari fon telinga denga sambungan Bluetooth, berikut kami kongsikan 5 yang terbaik boleh anda pilih.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Fungsi Nombor IMEI dan Cara Untuk Mendapatkannya

Apakah itu IMEI?Apakah kegunaannya?Bacalah artikel ini.

TECH Mon, 16 Sep 2019
TECH Wed, 3 Jul 2019

Facebook, Instagram Dan Whatsapp Alami Gangguan

Pengguna tidak dapat memuatnaikkan sebarang gambar dan video mahupun status

Automobile Fri, 7 Feb 2020
error: Content is protected !!