Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 5, 2026 @ 11:21am

Sempena Hari Kanser Sedunia, Elyana Kongsi Luahan Menyentuh Hati – “Jangan Pernah Ejek Rasa Sakit Yang Belum Kau Rasakan”

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia, penyanyi Elyana Emrizal seakan-akan meluahkan rasa yang dihadapinya sebagai seorang pejuang kanser.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elyana atau nama lengkapnya, Erneelya Elyana Emrizal, 38, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah meremehkan penderitaan dan beban yang ditanggung oleh seseorang.

“Selamat Hari Kanser. Jangan pernah mengejek rasa sakit yang belum pernah kau rasakan.

“Jangan pernah meremehkan beban siapa pun. Kerana sabar mu dan mereka tidak sama. Kita semua membawa beban yang berbeza,” tulisnya.

Luahan menyentuh hati itu dipercayai lahir daripada pengalaman peribadinya berjuang melawan kanser limfoma tahap empat selama kira-kira 11 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Sekadar info, pada Disember 2021, pelantun lagu Niat itu memaklumkan, perjuangan 11 tahun melawan kanser akhirnya membuahkan hasil apabila dia disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Elyana juga sebelum ini pernah mendedahkan, dia menghidap penyakit itu sejak tahun 2010 dan doktor pernah menjangkakan dia hanya mampu bertahan hidup selama setahun sahaja.

Bagaimanapun, selepas dilaporkan bebas kanser selamat empat tahun, dia kemudian memaklumkan kembali menjalani rawatan kemoterapi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Mahu Karya Berkualiti, Reyhana Buktikan Dia Bukan Penyanyi Tangkap Muat

Cayalah Reyhana! Biar lambat, asalkan power…

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Featured Wed, 3 Aug 2022

Netizen Persoal Niat Izara Aishah Berhasrat Mahu Menetap & Meninggal Di Madinah?

Alamakk, bukan ke ini satu niat yang baik tapi lain pula jadi ni.. Apapun, moga impian Izara akan tercapai

Featured Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tony Eusoff Selesa Watak Komedi

Projek Dapat Baby’ mengetengahkan kisah pasangan suami isteri yang gigih mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional dalam usaha mendapatkan anak.

error: Content is protected !!