Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 6, 2026 @ 12:22pm

“Jika Ibu Kandungnya Masih Ada, Sudah Pasti Auratnya Lebih Terjaga” – PU Syed

Pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur isu pemakaian seorang anak selebriti yang didakwa tidak bersesuaian dengan imej sebagai seorang Muslimah.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, PU Syed meluahkan kebimbangan terhadap beberapa video yang tular di media sosial memaparkan cara pemakaian remaja terbabit.

“Ayah artis dan juga peniaga, manakala arwah ibu juga artis. Kini anaknya dibiarkan berpakaian yang tak sesuai dengan sifat seorang Muslimah.

“Banyak video yang tersebar di media sosial tentang cara pemakaian anaknya itu,” katanya.

Dalam masa sama, PU Syed turut menyuarakan pandangan sekiranya ibu kandung remaja berkenaan masih hidup, berkemungkinan aspek penjagaan aurat akan diberi perhatian lebih rapi.

“Saya yakin, jika ibu kandungnya itu masih ada sudah pasti dia akan menjaga anak itu dengan lebih baik khasnya dalam urusan auratnya,” katanya lagi.

PU Syed turut mengingatkan ibu bapa supaya mengambil serius soal pendidikan agama dalam membentuk sahsiah anak-anak, terutama di akhir zaman ini.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Wahai ayah ibu sekalian didiklah anak-anak kita dengan cara agama sementelah lagi kita sedang berada pada hujung zaman yang penuh dengan tipu daya dunia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023

Kamal Adli Terpaksa Ditidurkan, Doktor Syak Alami ‘Brain Damage’

Allahu! Moga Kamal segera sembuh dan Uqasha sentiasa kuat❤

Trending Wed, 19 May 2021

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Menurut […]

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Trending Fri, 10 May 2019

#SetulusIkhlas : Kasih Seorang Bapa, Tidak Halang Anak Peluk Islam

Begitu jelas sekali bahawa kasih seorang ayah itu tiada batas agama

Hiburan Thu, 21 Aug 2025

Serba Putih Macam Pengantin, Amira Othman Dipuji Semakin Berseri – “Ini Betul-Betul Vibes Nak Nikah!”

Amira Othman berseri macam pengantin, netizen wish till jannah dengan Fattah Amin

error: Content is protected !!