Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:45pm

Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan.

Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi termasuk Redmi Note 5 Pro dan Redmi 5A. Pada peringkat awal, versi beta bagi MIUI 10 ini telah diperkenalkan buat peranti Redmi Note 5, Redmi Note 5 Pro, Redmi S2, the Mi Mix 2 dan Mi Mix 2S.

Antara ciri dan fungsi terbaru yang tersedia buat antaramuka baru ini ialah ia akan memaksimakan penggunaan ruang paparan serta fungsi ‘tekan dan tahan’ pada ikon aplikasi untuk lebih pilihan tindakan. Selain itu, pengguna peranti Xiaomi juga boleh menggunakan lebih banyak gestures untuk kawalan peranti.

Pengguna peranti Xiaomi yang menyokong MIUI 10 dijangka boleh mula mendapatkan kemaskini ini pada akhir bulan ini. Untuk mengetahui sama ada peranti Xiaomi anda menyokong antaramuka terbaru MIUI ini atau tidak, anda boleh semak dalam senarai di bawah.

  1. Mi 4c
  2. Mi 4s
  3. Mi 5
  4. Mi 5c
  5. Mi 5s Plus
  6. Mi 5X
  7. Mi 6
  8. Mi 6X
  9. Mi 8
  10. Mi 8 SE
  11. Mi Max
  12. Mi Max 2
  13. Mi Max Prime
  14. Mi Mix
  15. Mi Mix 2
  16. Mi Mix 2S
  17. Mi Note 2
  18. Mi Note 3
  19. Redmi 4X
  20. Redmi 5
  21. Redmi 5A
  22. Redmi 5 Plus
  23. Redmi 5s
  24. Redmi Note 4X
  25. Redmi Note 5
  26. Redmi Note 5A
  27. Redmi Note 5A Prime
  28. Redmi S2/Y2

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 26 Jul 2018

Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah

Samsung dilaporkan telah berjaya mencipta skrin paparan tahan lasak yang tidak mudah pecah. Sudah mendapat pensijilan daripada Underwriters Laboratories dan melepasi ujian OSHA(Occupational Safety and Health Administration),skrin tersebut adalah skrin paparan OLED fleksibel yang terkandung […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

如何避免酒后乱性?佛系智能手环可解决问题

一般来讲,智能手环更多的是为了检测身体健康状况而开发的产品,而New Deal Design最近却开发除了一套全新功用的智能手环,竟然能避免酒后乱性?

TECH Mon, 20 Jan 2020

Cara Aktifkan “Secure Folder” Pada Peranti Samsung

Khusus untuk pengguna peranti Samsung terkini sahaja, Tahukah anda bahawa peranti Android tersebut dilengkapi dengan fungsi “Secure Folder” yang mana boleh digunakan untuk menyembunyikan aplikasi dan fail sulit anda. Kepada yang masih belum tahu caranya, […]

TECH Thu, 22 Mar 2018

Cara Mengekalkan Kualiti Gambar dan Video Yang Dimuat Naik Ke Facebook

Memuat naik gambar dan video ke Facebook sememangnya suatu aktiviti yang digemari oleh Facebookers semua.

TECH Tue, 18 Sep 2018
TECH Sun, 15 Dec 2019

Apple Dilapor Rancang Keluar 6 Model Baru Tahun Depan

wah, 6 model bakal dikeluarkan , tak sabar menunggu 2020

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

TECH Fri, 27 Apr 2018

SKMM Rai Ulang Tahun ke-20 Akta Komunikasi & Multimedia 1998

Antara perkara yang berada di bawah kawalan akta ini ialah bab penyiaran tradisional, komunikasi dan perkhidmatan atas talian termasuk rangkaian yang digunakan serta kandungan yang dibekalkan melalui kemudahan ini.

TECH Mon, 3 Dec 2018

YouTube也要玩限时动态 ! 7天后消失

Google旗下影音频道YouTube,正式把限时动态Stories推出到订阅人数超过1万人的YouTuber使用。

Automobile Thu, 15 Nov 2018

下车甩门最易惹怒司机!常关「太大力」渗水、异音通通来

有些乘客总是喜欢在下车时,以「超浮夸」姿势甩门下车!只是用力关车门次数一多,不仅会减少组件使用寿命,同时也容易造成……

error: Content is protected !!