Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:48pm

Meizu 16 Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin, Dilancarkan Pada 26 Ogos Ini

Selepas Vivo memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin pada peranti X20 Plus UD, beberapa pengeluar lain turut menggunapakai teknologi itu pada peranti mereka. Sebuah lagi syarikat pengeluar dari China iaitu Meizu, juga tidak mahu ketinggalan dari menggunakannya.

Meizu sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah peranti baru iaitu Meizu 16. Dan seorang pengguna Twitter yang juga merupakan kaki tiris, @bang_gogo telah mendedahkan penggunaan pengimbas cap jari dalam skrin pada peranti berkenaan.

? ?️ ? ? ??@bang_gogo_
 
 

Meizu 16, under-display fingerprint scanner confirmed!

 

Melihat pada kiriman tersebut, kita dapat melihat dua peranti yang dikatakan peranti Meizu 16 namun cuma satu daripadanya yang memaparkan imej pengimbas cap jari pada skrin. Ini memberi gambaran bahawa peranti ini akan mempunyai dua versi yang berbeza.

Menurut GizmoChina, Meizu 16 akan hadir dengan versi Standard atau biasa dan versi Lite. Versi biasa akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 serta mempunyai dua pilihan variasi 6GB RAM + 64GB ROM dan 8GB RAM + 128GB ROM. Manakala bagi versi Lite pula, ia bakal hadir dengan cip kelas pertengahan Snapdragon 710 namun tidak akan menggunakan pengimbas cap jari pada skrin.

Imej tidak rasmi (Kredit : GizmoChina)

Dari segi kamera pula, Meizu 16 ini dikatakan akan menggunakan kamera utama dwi-lensa 12MP + 12MP serta lensa 20MP dengan sokongan AI pada kamera swafoto. Peranti ini dijangka akan dijual pada harga CNY 2,999(~RM 1,830) bagi variasi 6GB RAM dan CNY 3,299(~RM 2,010) bagi 8GB RAM. Harga bagi versi Lite pula masih belum diwar-warkan.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 24 Oct 2018

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Kenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan.

TECH Tue, 16 Jan 2018

WILL YOU BUY THESE DIGITAL CARTOON CATS – CRYPTOKITTIES?

A product that is meant to attract tech geeks and noobs alike! MEOWWW!

TECH Fri, 14 Dec 2018

3 Aplikasi Edit Gambar Paling ‘Best’ Untuk Android

Zaman sekarang zaman maju dan masing2 nak cepat. Lagi mudah. Tapi apa ‘apps’ yang perlu digunakan?

TECH Thu, 3 Jan 2019

Cara Download File Torrent di Android

Kepada yang suka menonton movie dan ingin download movie anda boleh ikuti cara-cara ini

TECH Sun, 22 Jul 2018

Tips Cara Buat Kod QR Sendiri

Di zaman sekarang, kemana-mana kita pergi, pasti kita akan melihat kod QR terutamanya di kaunter-kaunter pembayaran.

TECH Fri, 19 Jan 2018

Pindah Tab Butang Tutup di Firefox

Ingin mengubah konfigurasi ‘Firefox’ anda?Bacalah artikel ini.

TECH Wed, 6 Jun 2018

Cara Untuk Menukar Audio Kepada Teks

Tips berikut sangat sesuai untuk para pelajar ataupun kepada yang ingin menterjemah rakaman suara audio terus kepada salinan teks.

TECH Thu, 19 Sep 2019

3 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Pernahkah anda tahu bahawa kita boleh mengesan “laptop” kita yang dicuri?

TECH Sat, 8 Jun 2019

食物掉地5秒内还能吃?和细菌比手速?

有时候东西掉在地上,老一辈的人会说吹一吹没事的,只要不超过五秒钟就好了,事实真的是这样的吗?

TECH Fri, 3 Aug 2018

Kongsi Fail Daripada “Pendrive & Harddisk” Dengan Modem WiFi Rumah

Kepada anda yang ingin berkongsi fail jenis video atau muzik yang bersaiz besar daripada “hardisk” mahupun “Pendrive”, berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk berkongsi fail – fail daripada cakera keras anda menggunakan modem WiFi di rumah.

error: Content is protected !!