Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2026 @ 11:15am

“Dari Mata Kabur Kepada Mata Tak Ada Cahaya”- Puteri Balqis Kongsi Persepsi Selepas Tahu Pengalaman Ibu Kena ‘Abuse’

Selepas beberapa siri kontroversi melibatkan dirinya dan keluarga, pelakon popular, Puteri Balqis tampil mendedahkan persepsinya selepas ibunya, Norashikin Mohd Aziz dijadikan ‘kambing hitam’ sehingga perkara itu menjadi trauma buatnya.

Kata Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish menerusi temu bualnya bersama podcast Sembang Ohh Yeahhh! insiden hitam yang menimpa ibu tercinta membuatkan dirinya dipenuhi dendam sekali gus membuatkan dia sukar untuk mempercayai orang lain.

“Aqish tak pernah expect daripada mata kabur turn into this story, this experience yang jadi mata tak ada cahaya. Sebab I thought I was having a sickness, I thought I was only sick. Aqish cuma waktu tu Aqish fikir Aqish sakit. Aqish tak pernah terfikir yang ini akan jadi pengajaran that you cannot trust everybody.

“Waktu kecil-kecil macam tu kan bukan main heboh lagi, gelak ceria borak dengan ini borak dengan itu so I learned a lot. I felt lost. Aqish sangat lost waktu tu sebab mami tak bagi tahu. Waktu umur bawah 12 tahun tu Aqish masih kecil lagi. Trauma dia ya Allah,” katanya.

@sembangohhyeahhofficial Part 2 : Hinanya bila kita miskin, diperlakukan dengan hina. Semoga pembalasan Allah kepada mereka yang melakukan kekejaman kepada Aqish & Ibunya 🤍 #puteribalqis #sembangohhyeahh #podcastmalaysia ♬ Quiet tension / fear-suspense with a sense of tempo(1083431) – Tomoyuki Minagare

Dalam pada itu, pemenang pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia Ke- 19  menerusi drama ‘Balqis’ itu menegaskan, pengalaman pahit yang dilalui membuatkan dia belajar menegnai psikologi dek kerana tidak mahu terus menerus menjadi mangsa pengkhianatan orang lain.

“Aqish masih kecil lagi dan tak ada kuasa yang besar untuk buat apa-apa sebab saya pun masa tu tak faham lagi manipulation. Aqish tak faham apa itu narcissist. Dan disebabkan apa yang ibu experience, Aqish cuba belajar pasal psikologi supaya tak nak benda tu berulang lagi. Bukan belajar psikologi supaya kita boleh buat benda yang sama tak… supaya kita tahu, “Okay I know your game.”

“So daripada situ, bermula lah daripada mata kabur jadi mata tak ada cahaya. Sebab waktu Mommy cerita dekat Aqish apa yang jadi, Aqish sebenarnya dipenuhi dendam.

“Bila seorang mak kena macam tu bertahun-tahun dan dia banyak berdiam, anak dia yang akan dendam. Sebab tu saya saya bukannya saya kena cubit sikit tiba-tiba saya jadi gothic, tak. Saya bukan gothic, saya… macam tulah saya ada past yang sangat gelap,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 12 Feb 2020
Trending Thu, 24 May 2018

Kritik Atas Talian, Trump Tidak Boleh Sekat Pengguna Twitter!

Menyekat akses ke akaun @realDonaldTrump milik presiden tersebut dianggap melanggar hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Pindaan Pertama Perlembagaan.

Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

Cahaya Mata Sat, 24 Dec 2022

Norman Hakim Sangat Peramah, Memey Suhaiza Dedah Dah Terbiasa Menanti – “Tak Payah Tunggu, Sila…”

Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan sifat suaminya, Norman Hakim yang ‘kuat borak’ ketika bertemu sesiapa sahaja. @memeysuhaizaofficial_Mummy dgn anak6 dah terlebih paham.. Klu dia dah start borak.. Tak payah tunggu berdiri😆 Sila lah duduk dgn selesa.. […]

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Hafreez Adam Dah Jumpa Keluarga Zara Zya

Dia nak terus bernikah. Saya belum terfikir ke arah itu tetapi saya pinta semua doakan agar hubungan kami sampai ke jinjang pelamin.

error: Content is protected !!