Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 10, 2026 @ 11:33am

Gabungan Vokal Padu, ‘Mahal’ Jadi Taruhan Baharu Iskandar & Idayu

Penyanyi kelahiran Singapura, Iskandar Ismail terus mengukuhkan langkahnya di pasaran Malaysia menerusi pelancaran single terbaharu berjudul Mahal yang menemukannya dengan vokalis bersuara lantang, Idayu.

Mengangkat genre ‘power ballad’, lagu ciptaan komposer terkenal Farouk Roman itu tampil dengan susunan muzik dramatik dan melodi mencabar, sekali gus memperlihatkan keupayaan vokal kedua-dua penyanyi berkenaan.

Membawa legasi bapanya, legenda era 60-an R Ismail, Iskandar mengakui single ini menjadi antara projek terpenting dalam perjalanan kariernya di Malaysia.

“Saya sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri muzik di Singapura. Sekarang adalah masa terbaik untuk saya memberikan sepenuh komitmen di Malaysia.

“‘Mahal’ bukan sekadar lagu baharu, tetapi satu penanda aras untuk saya terus relevan dan diterima di sini,” katanya.

Bagi memastikan hasil terbaik, Iskandar menjalani sesi rakaman intensif termasuk latihan vokal khusus bagi memastikan setiap lontaran nada kedengaran seimbang dan mantap.

Sementara itu, Idayu menyifatkan kolaborasi berkenaan sebagai pengalaman yang memberi kepuasan tersendiri.

“Sejak pertama kali mendengar demo, saya sudah jatuh cinta dengan jiwa lagu ini. Melodinya memang mencabar, tetapi itu yang menjadikan ia menarik.

“Vokal Iskandar pula sangat matang dan apabila digabungkan, ia menghasilkan emosi yang kuat,” katanya.

Farouk Roman pula menjelaskan Mahal mengangkat mesej tentang nilai sebenar kehidupan yang tidak boleh diukur dengan material semata-mata.

“Lagu ini menuntut penghayatan dan teknik vokal kelas atasan. Ia berkisar tentang kejujuran, pengorbanan dan perasaan yang sering kali lebih mahal daripada harta benda,” ujarnya.

Mahal sudah tersedia di semua platform digital sejak 30 Januari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Aug 2025

Kongsi Foto Hitam Putih, Nabila Razali Terbabit Kemalangan Jalan Raya? – “Not The Friday I Ordered”

Nabila Razali menyorot perhatian selepas berkongsi beberapa foto kenderaan miliknya.

Hiburan Wed, 11 Mar 2026

Masuk Tahun Ketiga Anak Sulung Puasa Penuh, Scha Alyahya Kongsi Lara Alana Teruja Sambut Ramadan

Scha Alyahya berkongsi keterujaan melihat anak Lara Alana semakin seronok menjalani ibadah puasa setiap kali Ramadan tiba.

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Saya Tak Kayu, Tolonglah Ambil Berlakon” – Faye Kusairi Akui Pengikut Sikit Punca Kurang Releven

Pelakon, Faye Kusairi berharap terus diberi peluang membintangi naskhah berkualiti meskipun mengakui dirinya tidak tergolong dalam kelompok artis dengan pengikut ramai di media sosial ketika ini. Menerusi perkongsian di platform Threads, Faye atau nama sebenarnya […]

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Kongsi Video Anak Autisme Bukan Nak Simpati, Zarina Zainuddin ‘Sound’ Netizen Biadab?

Sementara itu, pelakon Zarina Zainuddin yang aktif memuatnaik video anak-anak autisme sebelum ini turut terkena ‘tempiasnya’. Ya lah, siapa yang tak naik angin kan kalau orang kata begitu. Sabarlah ya…

Featured Thu, 16 Oct 2025
Trending Tue, 27 Jun 2023
Hiburan Fri, 23 Feb 2018

GERENTI ‘PECAH PERUT’, DRAMA SUAMIKU MAT PIUN BUKAN KOMEDI SYOK SENDIRI

Agak-agaknya bolehkah Pojie dan Nieza melepasi semua dugaan yang datang kepada mereka? Dapatkah Nieza menjalani kehidupan serba sederhana yang baru sahaja bermula?

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Untuk Tampil Lebih Tampan, Syamel Kini Turun 10kg

Semoga Syamel dapat menurunkan berat badan dengan jayanya! Jangan hangat-hangat taik ayam je okay

Hiburan Wed, 14 Aug 2024

“Doakan Yang Baik-Baik” – Didakwa Berbadan Dua, Marissa Dania Kunci Mulut

Apapun, Min harap semua yang terbaik sahaja untuk Marissa & Aslam 🤍

error: Content is protected !!