Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 13, 2026 @ 4:12pm

Hafiz Suip Selamat Melangsungkan Perkahwinan Kali Kedua

Penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama suri pilihan hati yang dikenali sebagai, Fiona.

Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dikongsikan di platform TikTok, pelantun lagu Awan Nano itu dilihat tenang membaca lafaz taklik nikah sebaik selesai ijab kabul, sekali gus menandakan bermulanya fasa baharu dalam kehidupannya sebagai suami.

@era.je Tahniah @hafizsuip90 dan pasangannya Fiona. Selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. #sharERA #fyp ♬ original sound – ERA

Bagaimanapun, setakat ini, Hafiz mahupun pihak terdekat belum mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perincian majlis berkenaan.

Sekadar info,Hafiz sebelum ini mengesahkan beliau telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei 2025.

Hafiz mengambil keputusan tersebut akibat tiada persefahaman, reda dengan ujian, dan menyerahkan hak penjagaan dua anak mereka iaitu, Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne kepada bekas isteri.

 

 

Sumber: TikTok

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Figura Tue, 2 Apr 2024
Featured Tue, 11 Jun 2019

Tiada selera makan dan cirit-birit, ketahui tanda jangkitan kuman pada paru-paru

Kematian misteri Orang Asli Kuala Koh menggemparkan negara

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

Featured Fri, 24 Jun 2022

Bakal Disaman A.Aida Akibat Langgar Kontrak, Idris Khan Mohon Tunggu Kenyataan Rasmi

Apapun, kita kena tunggu penjelasan daripada semua pihak

Trending Sun, 3 May 2020
Trending Tue, 15 Sep 2020
Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Thu, 23 Nov 2017

非看《2017 Mnet Asian Music Awards》不可的原因!

今年迎来第九个年头的MAMA(Mnet Asian Music Awards),是由亚洲领先影视娱乐及媒体公司CJ E&M举办。相较于过往,这届的亚洲第一大国际音乐盛典到底有哪些point让你非看不可呢?

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

‘I Tak Nak Tegakkan Benang Basah’- Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Isteri Aliff Aziz

Oktovia berharap agar masalah antara Aliff dan Bella dapat diselesaikan dengan baik dan mendoakan hubungan pasangan itu pulih seperti sedia kala.

error: Content is protected !!