Euforia Bola 2026
FESYEN By: Aqilah Paharuzi February 15, 2026 @ 2:54pm

Retro Bertemu Feminin Klasik, Summeraya 2026 Rico Rinaldi Tampil Lebih Segar & Versatil

Menjelang Aidilfitri, pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan koleksi lebaran terbaharunya, Summeraya 2026.

Dilancarkan pada acara pertunjukan fesyen di Menara Ken TTDI, baru-baru ini, koleksi kali ini menampilkan lebih 70 rekaan untuk wanita dan lelaki dengan sentuhan yang lebih segar dan moden.

Berbeza daripada tahun sebelumnya, Summeraya 2026 menggabungkan elemen estetika retro dan feminin klasik, namun tetap mengekalkan identiti flora yang menjadi signatur jenama Rico.

Rekaan kali ini turut diberi nafas baharu menerusi potongan lebih versatil, iaitu sesuai bukan sahaja digayakan pada pagi raya malah untuk pelbagai majlis sepanjang tahun.

Mengikuti trend semasa, palet warna yang diketengahkan juga lebih cerah dan lembut dengan pilihan rona pastel yang menjadi kegemaran peminat fesyen masa kini.

Lebih menarik, koleksi ini turut tampil dengan potongan berselendangan yang memudahkan gaya, selain kolaborasi khas beg tangan bersama Cef Kecik, menambah elemen unik pada keseluruhan konsep Summeraya 2026.

Dari segi harga, koleksi ini dilihat lebih pelbagai dan mampu milik berbanding persepsi umum terhadap busana pereka iaitu dalam lingkungan RM239 hingga RM439.

Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan acara pertunjukan fesyen tersebut termasuklah Aina Abdul, Nabila Razali, Izara Aishah dan Aisha Retno, sekali gus membuktikan koleksi jenama itu terus kekal relevan dan mendapat tempat dalam kalangan figura industri hiburan tanah air.

Summeraya 2026 dilihat menawarkan variasi yang lebih luas kepada pelanggan yang mahukan busana sopan, selesa dan tetap berjaya sempena Aidilfitri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Thu, 22 Aug 2019

Artis ‘Turun Padang’ Memeriahkan KLFW 2019

KLFW platform pereka fesyen tempatan menunjukkan bakat

Featured Fri, 2 Sep 2022

Busana Disamakan Seperti ‘Kertas Minyak’, Netizen Puji Izara Aishah Sebab…

Punya cantik outfit Izara netizen senang-senang samakan dengan kertas minyak lah leather seat lah 🤣😅

FESYEN Mon, 19 May 2025

Pelukis Terkenal Tempatan Janggutbear Jalin Kolaborasi Bersama Rip Curl

Jenama surfwear ikonik, Rip Curl, memperkenalkan koleksi kapsul t-shirt edisi terhad yang menggabungkan gaya hidup pantai dengan elemen seni dan ekspresi urban melalui kolaborasi terbaharu bersama pelukis tempatan terkenal, Janggutbear. Koleksi ini, kini boleh didapati […]

Events Thu, 26 Dec 2019
FESYEN Wed, 11 Sep 2019
FESYEN Thu, 6 Mar 2025

“Ziana Zain Mempunyai Portfolio Yang Panjang Bersama Kami” – Rizman Ruzaini

Ziana Zain memberikan respons positif dan menggemari koleksi yang dihasilkan.

FESYEN Fri, 29 May 2026

Gaya Pantai, Seni Visual & Inspirasi Budaya Borneo Bergabung Dalam Koleksi Baharu Rip Curl

Dalam dunia fesyen dan gaya hidup hari ini, elemen seni semakin memainkan peranan penting dalam membentuk identiti sesebuah koleksi, terutama apabila ia digabungkan dengan cerita budaya dan ekspresi komuniti tempatan. Pendekatan itu dapat dilihat menerusi […]

FESYEN Wed, 2 Oct 2019
error: Content is protected !!