Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:33pm

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone.

Tidak mahu ketinggalan, Huawei, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena pembuatan telefon pintar dilapor mahu melebarkan sayapnya dalam kelas berkenaan.

Mengupas laporan daripada laman Gadget Match, Presiden Perniagaan Pengguna Huawei, Jim Xu, telah mengesahkan bahawa syarikat berkenaan sedang dalam proses membangunkan telefon pintar gaming.

Maklumat mengenai spesifikasi model berkenaan masih belum didedahkan tetapi apa yang boleh dipastikan adalah penggunaan teknologi GPU Turbo yang dioptimakan. Teknologi yang dibangunkan Huawei itu disebut mampu meningkatkan prestasi peranti sehingga 60%, dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa kepada 30%.

Pertama kali diperkenalkan bersama-sama Honor Play dan Honor 9i, GPU Turbo dijadualkan penawarannya kepada peranti lain seperti siri P20 dan Honor 10 bermula Julai ini.

Meskipun tidak menyebut tarikh sebenar telefon pintar ini akan dilancarkan, Jim Xu memaklumkan ia dijangka dipertontonkan kepada umum selewat-lewatnya penghujung 2018.

Adakah Huawei akan membangunkan telefon pintar setanding dengan apa yang terdapat pada Asus ROG Phone? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: Gadget Match

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 18 Oct 2018

Sewa Pocket WiFi Serendah RM20 Sahaja Untuk Travel

Peranti sewa wifi diprogramkan menggunakan teknologi CloudSim bermaksud pengguna tidak perlu berurusan dengan kad sim fizikal.

TECH Mon, 11 Dec 2017

Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

Hanya Rakam Dia Sedang Main ‘Game’ Dan Ulas, Lelaki Ini Raih RM67 Juta Setahun

TECH Wed, 26 Dec 2018

Lupa Kat Mana Letak Fon? Guna Cara Ni!

Sering tidak jumpa dimana anda letak telefon anda? Anda boleh cuba cara ini.

TECH Mon, 29 Jan 2018

Langkah Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Langkah untuk menyelesaikan isu no network dalam peranti iPhone 6.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Cara Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Berikut kami kongsikan cara untuk merakam video secara tersembunyi menggunakan peranti Android.

TECH Thu, 17 Oct 2019

Siapakah Agaknya Pemenang Bagi Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2 ?

Nantikan siapakah pemenang jam tangan HUAWEI Watch GT 2 esok!

TECH Tue, 8 Jan 2019

「尘归尘土归土」还比火化更环保!冰葬让人体回归天地

随着环保意识抬头,葬礼的精简和大体回归自然成为新一代身后方案追求的目标,除了最近推广的树葬、植葬外,最近还有另一种新的环保葬:冰葬。

Automobile Wed, 21 Feb 2018

轮胎沟槽卡到小石头需要清理吗?

相信有开车的网友们,每次在路经碎石的路段后,时不时会出现小石头卡到轮胎沟槽内的现象,问题来了到底需要清理吗?会对行车安全造成影响吗?

TECH Fri, 30 Aug 2019

Dapatkan ‘Password’ Wifi Di Ratusan Airport

Anda sudah boleh menikmati Wi-Fi yang disediakan oleh pihak lapangan kapal terbang

TECH Thu, 25 Oct 2018

Taip Dengan Lebih Cekap Menggunakan 5 Keyboard Mekanikal Ini

Jika anda teringin untuk membeli ‘mechanical keyboard’,sama ada jenis yang murah atau mahal,cuba baca artikel ini.

error: Content is protected !!