Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:37pm

Samsung Galaxy Tab S4 Bakal Dilancarkan September Ini

Internationale Funkausstellung atau IFA 2018 akan berlansung bermula dari 31 Ogos hingga 5 September ini. Ia merupakan satu ekspo bagi barangan elektronik dan peralatan rumah utama dunia di mana syarikat pengeluar utama akan berhimpun dan memperkenalkan produk-produk mereka kepada dunia.

Antara yang telah mengesahkan penyertaan mereka pada IFA kali ini ialah syarikat Samsung. Mereka sebelum ini dilaporkan akan melancarkan peranti premium terbaru mereka, Samsung Galaxy Note 9 pada acara berkenaan nanti.

Namun, ia bukanlah satu-satunya peranti yang akan diperkenalkan oleh Samsung semasa acara itu. Menurut laporan terkini, mereka turut dikatakan akan mengumumkan pelancaran peranti Samsung Galaxy Tab S4 pada IFA 2018 yang akan diadakan di Berlin.

Kredit : Android Headlines

Imej di atas adalah merupakan imej peranti berkenaan menurut laporan Android Headlines. Melihat kepada reka bentuknya, tiada sebarang panel pengimbas cap jari didapati pada peranti sekaligus memberi kemungkinan bahawa peranti ini akan mempunyai pengimbas cap jari di dalam skrin atau tidak mempunyai sistem pengimbasan cap jari sama sekali.

Galaxy Tab S4 ini dilaporkan akan mempunyai skrin sebesar 10.5 inci, dan sekiranya ia benar, maka peranti ini akan mempunyai paparan yang lebih luas berbanding Galaxy Tab S3 yang menggunakan skrin bersaiz 9.7 inci. Galaxy Tab S3 sebelum ini telah dilancarkan buat pertama kali pada bulan Mac 2017 di US.

Peranti ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Dari segi bateri pula, Galaxy Tab S4 bakal disokong oleh bateri berkapasiti 7,300 mAh. Tambahan pula, ia turut memiliki kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP selain menggunakan sistem operasi Android 8.1 Oreo.

Tiada sebarang maklumat berkenaan harga bagi Galaxy Tab S4 ini boleh didapati setakat ini. Bagaimanapun, peranti ini dilaporkan akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu Hitam dan Kelabu. Samsung dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara ini dalam masa terdekat.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019
TECH Mon, 1 Jul 2019

Modem LTE Untuk Simkad Unifi

Kepada anda yang bercadang untuk membeli modem bagi kegunaan simkad, berikut kami kongsikan 3 modem yang terdapat dipasaran yang menyokong fungsi band 5.

TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Adreno Turbo Dari Qualcomm Buat Masa Ini

Kami telah melaporkan berkenaan teknologi Adreno Turbo dari Qualcomm dalam satu kiriman yang telah di buat semalam. Perkara itu tersebar dengan meluas di internet selepas Qualcomm China mengeluarkan satu poster yang memaparkan cip Snapdragon mereka dibelakang sebuah peranti di […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Apple Reka Semula Papan Kekunci Macbook Pro Untuk Atasi Masalah Yang Dihadapi Pengguna

Sebelum ini terdapat aduan pengguna mengenai Macbook keluaran tahun 2015 sehingga 2017 mempunyai masalah. Tiga masalah yang sering dialami adalah apabila menekan butang huruf, ia akan berulang-ulang, seolah-olah butang tersangkut. Keduanya, huruf tidak muncul walaupun […]

TECH Sun, 5 May 2019

“File too Large?” dengan cara ini masalah anda selesai

Semoga bermanfaat ini sahaja perkongsian daripada kami.

TECH Wed, 7 Feb 2018

AIR ASIA LAUNCHES FACIAL RECOGNITION SYSTEM TO SPEED UP CHECK-IN

Check out the new system and learn on how to use it when it reaches airports near you.

TECH Tue, 21 Aug 2018

浅眠人救星!睡觉快戴上「降噪耳塞」不怕被打呼吵醒

若你身为浅眠人,不论是出去玩、出差,或是跟另一半交往后,要面临跟别人一起睡的情况,是否超不想面对?

TECH Tue, 1 May 2018

Asal Usul Nama Burung Twitter

Nama burung Twitter di logo itu adalah Larry. Dia diberi nama sempena seorang permain bola keranjang iaitu Larry Bird yang bermain untuk pasukan kegemaran Biz Stone’s ,Bolton Celtics.       Logo burung itu bukan […]

TECH Tue, 29 Oct 2019

Hanya Kerana Media Sosial, ‘Terkantoi’ Dengan Majikan

Dah Tak Selamat Kutuk Bos Belakang-Belakang

Featured Sat, 27 Nov 2021

“1 Kilogram Tahi Lembu Boleh Menghasilkan 3.75 kwj Tenaga Elektrik” Sisa Lembu Berjaya Jadi Sumber Tenaga

Sekumpulan petani di Britain telah berjaya menukarkan tahi lembu kepada sumber tenaga berbentuk bateri saiz AA yang dipanggil ‘patteries’. Memetik laporan The Sun, bateri yang boleh dicas semula ini boleh menjadi sebahagian daripada tenaga boleh […]

error: Content is protected !!