Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 23, 2026 @ 2:38pm

“Walau Satu Pihak Dalam Idah, Saya Tetap Jaga Batas & Tak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan…” – Kamal Adli

Pelakon, Kamal Adli mengakui bukan mudah mengharungi episod selepas perpisahan apabila terpaksa menahan perasaan dan menjaga batas pergaulan meskipun tempoh idah hanya dilalui oleh bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal atau nama lengkapnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, berkata itu dia sentiasa cuba mengawal tingkah laku termasuk ketika bekerja walaupun perlu sentiasa kelihatan ceria.

“Dalam tempoh ni memang kena jaga semua benda kan? Walaupun dalam kerja. Walaupun satu pihak saja dalam idah. Sehabis baik jaga semua. Buat lawak, buat happy.

“Tak cuba nak rapat-rapat dengan mana-mana perempuan walaupun bukan waktu kerja. Yang ada cuma anak saja dan bukan nak gedik-gedik dekat mana-mana tempat.

“Pendam ni sakit juga ya,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu menegaskan hantaran berhubung perkara berkenaan bukan ditujukan kepada mana-mana individu.

“Hantaran saya mengenai perkara idah itu sumpah demi Allah tak tujukan pada mana-mana pihak. Itu hanya untuk saya dan sangat-sangat nak kongsi dengan semua, kalau tak saya jadi bengong pendam.

“Tolong jangan gaduh, ungkit ke sampai jadi tak best,” katanya lagi.

 

Sekadar info, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021, namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 19 Apr 2023
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Terbang Ke Jepun, Syahrini Nikah Hari Ini?

Biarpun tiada lagi kenyataan rasmi daripada penyanyi terkenal ini, adiknya Aisyahrani memberitahu kakaknya selesa tidak berkongsi perihal kisah cinta dengan jejaka berusia 34 tahun itu.

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Tak Usah Ambil Tahu Pasal Rumah Tangga Orang Lain” – PU Riz

“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” – PU RIZ

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

‘ Saya Belum Sampai Tahap Jadi Ustaz’- Syafiq Kyle Harap Penonton Faham

Jangan fikir saya seperti Ustaz Adam yang imannya betul-betul kukuh…

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

Wah! Ini Mungkin Berita Paling Best Untuk Peminat Haqiem Rusli

Haqiem atau nama lengkapnya, Ridzuan Haqiem Rusli turut memohon maaf jika ada yang terasa dengan tulisan atau kata-katanya di media sosial.

error: Content is protected !!