Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2026 @ 1:06pm

Sesi Pujuk Netizen Berjaya, Fazura ‘Gembira’ Dapat Hubungi Que Haidar Selepas 3 Hari ‘Menghilang’ – “Happy Cakap Dengan Awak”

Hubungan antara pelakon, Nur Fazura dan aktor, Que Haidar semakin meraih tumpuan ramai yang dilihat semakin rapat.

Dalam sesi siaran langsung tular di Threads, Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin, 43, meluahkan rasa bimbang apabila tidak mendengar khabar daripada Que.

“Rindu nak berborak dengan dia. Dia dah dua tiga hari ni senyap saja. Saya harap dia baik-baik saja. Doakan dia terus kuat.

“Sejujurnya saya sedih jika dia ada terkecil hati dengan apa-apa sewaktu kami bekerja baru-baru ini, sama-sama boleh pujuk dia tak?

“Sebab banyak lagi urusan kerja bersama, jadi tak nak ada masalah chemistry,” katanya.

Susulan itu, menerusi platform Theeads, Que atau nama sebenarnya,  Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, memberi bayangan dia sudah menghubungi Fazura.

“Happy dapat cakap dengan awak tadi. Tenangkan hati, goodnight,” katanya ringkas.

Ciapan tersebut turut dibalas oleh Fazura yang juga meluahkan rasa bahagia dapat bercakap dengan Que.

“Saya happy juga. Goodnight awak, tenang selalu,” balasnya.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci hubungan sebenar antara mereka, namun begitu rata-rata peminat selebriti tersebut seakan telah ‘merestui’ sekiranya Fazura dan Que menjadi ‘pasangan’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 25 Feb 2022
Featured Fri, 17 Feb 2023

“Perhatianmu Menyeru Rasa…” – Look At This, DOLLA Tidak Peduli Kata Orang Lain

Hidup bukan untuk puaskan hati orang.. Mantap lah lagu baru DOLLA

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Featured Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Fri, 13 Mar 2026

Pernah Diugut Sihir & B*nuh, Ezzanie Jasny Syukur Gangguan Akaun Palsu Kini Berhenti Selepas Lapor Pihak Berkuasa – “Hidup Saya Kembali Tenang”

Menurut Ezzanie, ancaman yang diterimanya ketika itu cukup menakutkan sehingga membuatkan dia hidup dalam ketakutan

Featured Tue, 23 Jun 2026

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

error: Content is protected !!