Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 24, 2026 @ 1:07pm

Kesetiaan Didie Alias Di Sisi Amyza Aznan Saat Kehilangan Permata Hati Buat Ramai Sebak – “Sahabat Satu Dalam Sejuta”

Pemergian anak sulung kepada pelakon, Amyza Aznan, Allahyarham Andre Mikhail pada malam Isnin meruntun hati ramai.

Selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana sekitar jam 10.30 pagi, Selasa.

Namun di sebalik suasana pilu itu, perhatian warganet tertumpu kepada figura sahabat sejati, pelakon, Didie Alias atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohd @ Ali. 

Menerusi Threads, ramai memuji kesetiaan Didie yang tidak pernah berenggang dari sisi Amyza.

Malah, ada yang menyifatkan aktres berusia 54 tahun itu sebagai ‘kawan satu dalam sejuta’.

“Percayalah, kawan seperti ini satu dalam sejuta. Semoga Allah permudahkan segala urusan Didie dan melimpahkan rezeki buatnya,” tulis seorang netizen.

Lebih menyentuh hati, anak Didie sendiri, Nor Dhaniyah Mohd Redzuan, mendedahkan ibunya memang dikenali sebagai insan yang tidak berkira soal menziarahi orang sakit.

“Sesiapa pun yang sakit, tak kisah kenalan rapat, saudara atau bukan. Kalau dia boleh sampai, memang dia akan datang.

“Masa arwah ayah meninggal dulu pun, dia yang uruskan semuanya walaupun itu bekas suami dia. Jasa Mamy memang tak boleh lupa,” kongsinya.

Kredit foto: mstar, Era.fm

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Apr 2025

Bakal Sajikan Lebih 20 Lagu, Amy Search Sedia ‘Menggila’ Atas Pentas Axiata Pada Konsert Solo Pertama!

Bertemakan Rock It Like Amy, konsert ini bakal berlangsung selama dua jam

Hiburan Mon, 22 Jul 2024
Hiburan Wed, 29 May 2024
Featured Tue, 1 Aug 2023

“Mak Nak Sangat Baju Putih… ” – Luah Rasa Sebak Di IG, Ubai MZ Reda Permergian Ibu Tercinta

Al-fatihah😥 Moga segala urusan ubai dan sha dipermudahkan🌹

Trending Thu, 4 Jun 2020
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Fri, 26 Jul 2019
error: Content is protected !!