Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 28, 2026 @ 3:42pm

Adira Suhaimi Pertaruh Luka Hati Dalam ‘Sayang Orang Sama’

Penyanyi, Adira Suhaimi kini tampil dengan single terbaharu berjudul, ‘Sayang Orang Sama’ yang menyentuh sisi emosi tentang cinta, penerimaan dan keberanian untuk merelakan.

Diterbitkan oleh Nova Music Malaysia, lagu ini memperlihatkan kematangan Adira dalam menafsirkan makna kasih sayang yang tidak semestinya dimiliki sepenuhnya.

Menurut Adira, karya tersebut bukan sekadar berkisar tentang konflik percintaan, sebaliknya mencerminkan realiti emosi apabila seseorang perlu menerima hakikat bahawa cinta yang dirasakan tidak sepenuhnya menjadi miliknya.

“Lagu ini sangat dekat dengan jiwa saya. Ia bukan mengenai siapa yang betul atau salah, tetapi tentang perasaan apabila kita menyayangi seseorang dan akhirnya sedar bahawa kasih itu tidak sepenuhnya milik kita,” katanya.

Tambahnya, proses rakaman lagu ini juga membuka ruang untuk dirinya menyelami emosi dengan lebih mendalam, terutama dalam memahami erti penerimaan dan reda dalam sesebuah hubungan.

“Semasa merakamkan lagu ini, saya banyak berfikir soal penerimaan dan redha. Tidak semua cinta perlu dimiliki sepenuhnya, dan tidak semua perasaan perlu berakhir dengan penyesalan. Ada masanya kita belajar untuk melepaskan dengan tenang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Adira turut menyifatkan kekuatan lagu ini terletak pada kejujuran liriknya yang menggambarkan realiti kehidupan, khususnya buat mereka yang memilih untuk berdiam diri dan memendam rasa demi menjaga hati orang lain.

“Kadang-kadang, kita terlalu sayang tetapi dalam masa yang sama kita perlu berkongsi perasaan itu. Lagu ini adalah suara kepada mereka yang kuat di luar, tetapi rapuh di dalam. Ia tentang menerima hakikat tanpa membenci,” ujarnya.

Menariknya, Sayang Orang Sama turut dipilih sebagai lagu runut bunyi bagi drama bersiri 30 episod, ‘Khianat Yang Terpilih’ yang mula bersiaran di slot Akasia TV3 sejak 26 Februari lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 28 Oct 2023

[VIDEO] Air Mata Siti Nurhaliza Tumpah Kenang Nasib Di Palestin, Harap Sekolah Afwa Al Aafiyah Tak Dibom

Sedih lihat situasi di Gaza sekarang ni! Semoga Allah lindungi semua umat Islam di Palestin!

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Cassidy La Creme Jatuh Cinta Dengan Lelaki Melayu?

Ehem… siapa agaknya jejaka bertuah tu kan?

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

MILIKI SENJATA? UNIC DITAHAN

UNIC telah berangkat ke Syiria bersama-sama Pihak Muslim Care Malaysia sejak 5 hari yang lalu. Sama-sama kita doakan perjalanan mereka disana.

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People Believe That This South Korean Mum and Dad are Idols

Their daughter looks like she could be a child actress too.

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Elly Mazlein Sangkal Dakwaan, T***k Besar Bukan Pembedahan!

Beliau sedikit pun tidak kisah tentang pandangan masyarakat terhadap saiz payudaranya itu, kerana menurut Elly ia sama sekali diluar kawalannya. Dan, apa yang penting baginya ialah dia masih mampu dan masih diberikan rezeki untuk menyusukan anaknya itu.

error: Content is protected !!