Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 3, 2026 @ 1:00pm

Janna Nick Dakwa Aktres ‘Scammer’ Pernah Mesej Minta Pinjam Duit, Terkejut Suami Angkat Telefon – “Saya Tak Rasa Nombor Itu Dia Pegang”

Pelakon, Janna Nick mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman lampau melibatkan seorang rakan artis yang kini hangat diperkatakan berhubung dakwaan terbabit dalam penipuan (scammer) bersama suaminya.

Menerusi hantaran di Threads, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 31, mendedahkan aktres berkenaan yang dipercayai Azar Azmi pernah menghubunginya beberapa tahun lalu untuk meminjam wang sebelum menghilangkan diri.

“Saya ada cerita mengenai rakan artis yang scam orang tu. Kami pernah berurusan dan kemudian dia menghilang secara tiba-tiba.

“Beberapa tahun selepas itu dia WhatsApp saya nak pinjam duit,” katanya.

Menurut Janna, sebaik menerima mesej berkenaan, dia terus menghubungi nombor terbabit kerana menyangka ia benar-benar dihantar oleh rakannya.

Namun, dia terkejut apabila panggilan itu dijawab oleh suami selebriti berkenaan.

“Tak sampai beberapa saat lepas mesej masuk, saya terus telefon sebab rindu.

“Tiba-tiba suami dia yang angkat. Kita mesej kawan kita, tapi suami dia pula jawab dan beritahu dia ada di klinik.

“Habis yang balas mesej tu siapa?” soalnya.

Dalam masa sama, Janna mengakui berasa tidak sedap hati dan berharap ada pihak dapat memastikan keadaan sebenar rakannya itu.

“Saya cuma harap ada orang boleh selamatkan dan cari dia sebab saya tak rasa nombor itu dia yang pegang.

“Takut dia tak berdaya nak selamatkan diri,” tulisnya lagi.

Terdahulu, nama pelakon berkenaan menjadi sebutan selepas timbul dakwaan mengatakan dia dan suaminya terbabit dalam kegiatan penipuan membabitkan jumlah wang yang besar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 Oct 2018

Walaupun Berat Badan Isteri Hampir 100 Kg, Si Suami Kacak Tetap Sayangkannya

Cinta yang suci lahir dari hati, bukannya luaran semata-mata!

Featured Thu, 1 Dec 2022

[VIDEO] Imej Berambut Pendek Cetus Pertikaian, Daiyan Trisha Mohon Netizen Bertenang – “Itu Wig, Jangan Marah Saya”

Fuhhhhh, smart wooo! Cantiklah Daiyan rambut pendek 🤩🤩🤩 Korang rasa macam mana? Ada yang kata macam Kris Jenner 🤩

Trending Fri, 12 Apr 2019

Niat Nak Bergurau, Kecaman Pula Yang Dapat!

Hairul bergurau je tu, dia kan memang happy go lucky orangnya.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Thu, 30 Apr 2026

Kenang Arwah Ibu Bapa, Alya Iman Sebak Hasrat Tembus Layar Perak Tercapai Selepas 8 Tahun Menanti

Alya berkata arwah bapanya sebelum ini pernah menasihati agar dia memberi tumpuan kepada pelajaran

Hiburan Sat, 30 Aug 2025

“Terima Kasih Pilih Damai, Bukan Ego” – Noor Nabila Hargai Sharnaaz Ahmad Tepati Janji

Personaliti media sosial terkenal, Noor Nabila mencuri tumpuan apabila menitipkan ucapan penuh makna daripada buat bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, sempena hari lahirnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Nabila meluahkan rasa penghargaan atas kerjasama […]

Hiburan Tue, 19 Mar 2024

“Dia Tak Suka Bergaul, Tak Lekang Berdakwah” – Bimbang Sahabat Kembali Buat Perkara Tak Elok, Shahidan Izwan Minta Beri Ruang Pada Aliff Aziz

‘Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tak elok seperti kontroversi sebelum ini’ – Shahidan

error: Content is protected !!