Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2026 @ 2:55pm

Dididik Penuh Kasih, Tapi Jadi Pemberontak? Puteri Balqis Bawa Watak Remaja ‘Lari Dari Rumah’ Dalam Anugerah Tanpa Cahaya

Pelakon, Puteri Balqis tampil dengan watak penuh emosi sebagai Husna dalam drama bersiri terbaharu, Anugerah Tanpa Cahaya yang bakal bersiaran di platform Tonton mulai 16 Mac ini.

Menurut Puteri Balqis, watak Husna sebenarnya menggambarkan seorang remaja yang sedang mencari arah hidupnya.

“Sebagai remaja, pasti ada naik turun kerana pada usia itu kita sedang mengenal dunia dan mencari diri sendiri.

“Kadang-kadang kita buat pilihan yang salah, tetapi daripada situ kita belajar dan sedar tentang kesilapan yang dilakukan.

“Bagi saya, Husna hanyalah seorang remaja yang sedang mencari tempatnya dalam dunia walaupun jalan yang dipilih memberi kesan kepada dirinya dan orang di sekelilingnya,” katanya.

Drama arahan Amor Rizan itu menampilkan kisah konflik keluarga apabila seorang anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya memilih jalan hidup yang membawa padah.

Turut membintangi drama 10 episod ini ialah Azhan Rani, Amyza Aznan, Zairi Aziz dan Hafeez Mikail.

Kisah bermula apabila Bahar (Azhan Rani) dan isterinya, Tijah (Amyza Aznan) menemui seorang bayi yang ditinggalkan di luar rumah mereka. Bayi itu kemudian dibela sebagai anak angkat dan dinamakan Husna.

Husna dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan menjadi kesayangan Bahar. Namun, keadaan mula berubah apabila Tijah berasa suaminya terlalu memanjakan Husna hingga hampir semua kehendaknya dipenuhi.

Apabila meningkat remaja, Husna mula memberontak. Dia sering ponteng sekolah, menipu dan mencuri kerana mahu keluar daripada kehidupan serba kekurangan yang selama ini dirasakannya.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Husna melarikan diri dari rumah dan terjebak dalam hubungan dengan Zafran (Hafeez Mikail), seorang lelaki yang mempunyai sisi gelap.

Anugerah Tanpa Cahaya yang memuatkan 10 episod bakal bersiaran secara eksklusif di Tonton bermula 16 Mac 2026, setiap Isnin dan Selasa, jam 12 tengah malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Nov 2024

Terima Banyak DM Dari Peguam, Aisha Retno Bakal Bongkar Lebih Banyak Bukti

Aisha Retno mengaku menerima banyak mesej langsung (DM) daripada peguam yang ingin membantunya berhubung konflik yang berlaku.

Trending Tue, 24 Apr 2018

Here’s How You Can Know Everything Important About GE14

Election day is coming up but there’s so many things to know and learn about it. Here’s how you can follow every single detail of GE14.

Events Sat, 26 May 2018

Apa Jadi Bila ‘Lawak Kampus’ Bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Kolaborasi antara Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd terjalin bersempena meraikan ulangtahun ke 15 ‘ Lawak Kampus’!

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

‘Kau Pun Sama’ Bukan Gimik Cinta Dengan Ernie

Dipendekkan cerita, kita perlu tahu beza gimik untuk sesuatu perkara yang apa yang patut atau sebaliknya… Fikir-fikirkanlah ya netizen sekalian!

Hiburan Sat, 2 Nov 2019

‘Buat Apa Nak Takut’- Amyra Rosli Komen Imej Baharu

Alhamdulillah…semoga terus istiqamah!

Trending Fri, 11 Jan 2019

你以为「购物」是病?其实他们都比你更……

我们身边一定有这么几位「购物狂」的朋友,总感觉他们的购买欲无穷无尽,这些朋友总是拥有很多借口,可以让自己「合理」花掉钞票满足自我的购物欲望。

error: Content is protected !!