Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 10, 2026 @ 6:26pm

Pengalaman Terlepas Bas 20 Tahun Lalu Jadi Inspirasi, Roslan Shah Dedikasi ‘Alamak Terlepas Bus Raya’ Untuk Peminat Gen Z

Pengacara dan penyanyi Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan tampil memeriahkan musim perayaan tahun ini dengan melancarkan muzik video lagu raya berjudul Alamak Terlepas Bus Raya.

Menurut Cik Lan, muzik video tersebut sudah ditayangkan secara rasmi di saluran YouTube MBK Film Studio pada Sabtu, 7 Mac 2026.

“Syukur sangat kerana muzik video Alamak Terlepas Bus Raya akhirnya dapat ditonton di YouTube MBK Film Studio. Ini juga pengalaman pertama saya menghasilkan lagu raya yang lengkap dengan muzik video. Sebelum ini memang belum pernah buat,” katanya.

Lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan komposer Akie Theflow, manakala liriknya ditulis bersama oleh Akie dan Cik Lan.

Cik Lan menjelaskan idea menghasilkan lagu tersebut pada awalnya sekadar mahu mencuba sesuatu yang baharu, namun berharap karya itu dapat diterima oleh para peminat.

“Sebenarnya projek ini bermula sekadar untuk mencuba. Kita tidak tahu sama ada lagu ini akan mendapat sambutan atau tidak.

“Saya anggap lagu ini sebagai hadiah kepada peminat, terutamanya generasi Gen Z yang selama ini banyak menyokong saya. Sebab itu saya pilih konsep lagu yang lebih rancak dan ceria,” ujarnya.

Muzik video lagu tersebut turut mendapat sokongan penajaan daripada sebuah syarikat kereta dari Singapura, NJ Cardealers.

Proses penggambaran muzik video dijalankan di Perkampungan Klang, Selangor dan berjaya diselesaikan dalam tempoh sehari walaupun berlangsung pada bulan Ramadan.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan visual muzik video itu, Cik Lan turut menggunakan khidmat penari profesional dari Kuala Lumpur.

Projek berkenaan diterbitkan dan dipasarkan oleh Ali Najib yang turut menyumbang idea kreatif, manakala pengarahan muzik video dikendalikan oleh Fazly dengan kerjasama pihak penaja termasuk Ramadan dari NJ Cardealers.

Dalam masa sama, Cik Lan turut menampilkan penyanyi Yassin Yahya dalam projek lagu raya tahun ini kerana merasakan keserasian selepas pernah bekerjasama sebelum ini.

“Saya mengajak Yassin Yahya untuk terlibat dalam projek lagu raya 2026 ini kerana kami sudah pernah bekerjasama sebelum ini.

“Yassin pernah menyertai program Night Walk bersama saya dan dari situ saya nampak dia seorang yang sangat komited, profesional serta mudah untuk bekerjasama,” katanya.

Berkongsi mengenai proses rakaman, Cik Lan berkata sesi rakaman vokal lagu tersebut dilakukan di sebuah studio di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Ramadan dan mengambil masa kira-kira lima jam untuk disiapkan.

Menariknya, lagu Alamak Terlepas Bus Raya turut diinspirasikan daripada pengalaman peribadi Cik Lan sekitar 20 tahun lalu.

“Cerita dalam lagu ini sebenarnya diambil daripada pengalaman saya sendiri. Dulu pernah terlepas bas ketika hendak pulang ke Singapura kerana kesesakan jalan raya yang sangat teruk di Kuala Lumpur pada bulan puasa, kira-kira tiga hari sebelum Hari Raya. Sampai sekarang kenangan itu masih saya ingat,” katanya.

Daripada pengalaman tersebut, Cik Lan bersama Akie Theflow kemudian menghasilkan lirik yang membentuk jalan cerita lagu raya berkenaan.

Selain Alamak Terlepas Bus Raya, Cik Lan turut tampil dengan sebuah lagi lagu raya berjudul Sassuey Raya, iaitu lagu duet bersama Ifa Raziah yang diterbitkan di bawah Impact Music Entertainment.

Lagu tersebut dicipta oleh Ady 6ixth Sense manakala liriknya ditulis oleh Emma Rocker.

Kemunculan dua lagu raya pada tahun ini sekali gus menunjukkan kesungguhan Cik Lan untuk terus menghiburkan peminat dan memeriahkan sambutan Aidilfitri 2026 dengan karya yang berbeza.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2019

Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim Bakal Mengubat Rindu Peminat Sweet Charity

Peminat muzik rock tanahair jangan lupa saksikan konsert tribute Rosli Mohalim ni ok?

Hiburan Sun, 22 May 2022
Hiburan Sat, 17 Aug 2024
Hiburan Fri, 13 Feb 2026
Hiburan Wed, 25 Sep 2019

Harap Perkahwinan Kali Ke Tiga Kekal, Radhi OAG Cari Calon Isteri!

Lepas ini kalau boleh saya hanya ingin bercakap mengenai hal kerjaya dan tidak mahu terlalu bercerita tentang hal rumah tangga.

Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Martabat Jenama Fesyen Lokal, Nora Danish Perkenalkan Koleksi Denim Eksklusif ‘Nora Danish x Marii for Amber’

Nora Danish melangkah setapak lagi dalam dunia fesyen apabila melancarkan kolaborasi istimewa, Nora Danish x Marii for Amber.

error: Content is protected !!