Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 25, 2026 @ 9:00am

“Bila Raya Terus Jadi Orang Kampung, Seronok Pusing Naik Motor” – Areef Amran Kongsi Rutin Sambut Aidilfitri

Pelakon meningkat naik, Areef Amran mengakui suasana Aidilfitri di kampung halaman sentiasa menjadi kenangan paling bermakna buat dirinya setiap tahun.

Menurut Areef, setiap kali menjelang Syawal dia dan keluarga sudah terbiasa pulang lebih awal ke kampung bagi membuat persiapan bersama.

“Biasanya setiap kali raya saya dan keluarga balik awal ke Johor, kebiasaannya balik dua minggu awal. Dulu-dulu memang akan gotong-royong dan masak bersama,” katanya.

Berkongsi tentang suasana di kampung, Areef berkata dia cukup menikmati kehidupan sederhana seperti orang kampung apabila pulang beraya.

“Rutin saya bila balik memang dah jadi orang kampung, naik motor pusing-pusing. Kampung saya di Muar, Johor dan satu lagi di Sungai Rampai, Melaka.

“Dekat kampung best sebab boleh naik motor, pusing rumah saudara yang dekat-dekat dengan rumah. Malam pula main mercun. Kadang-kadang pergi memikat ayam atau burung dekat hutan,” katanya.

Areef berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara.

Dalam pada itu, Areef berkata dia sudah membuat persiapan untuk memberi duit raya kepada ahli keluarga dan kanak-kanak yang datang beraya.

“Saya dah bersedia dengan duit raya, beberapa yang saya ada saya beri berapa yang mampu,” katanya.

Areef bagaimanapun merasakan dirinya masih belum begitu dikenali ramai, namun sentiasa terbuka untuk beramah mesra dengan peminat jika ditegur.

“Saya rasa orang masih tak kenal saya lagi. Kalau ada peminat yang kenal semasa beraya pun, saya akan layan saja mereka macam kawan atau keluarga. Saya terima dengan mesra.

“Kalau peminat buat open house, mereka boleh DM saya, boleh lah saya datang. Kalau untuk saya buat open house, insya-Allah,” katanya.

Ditanya mengenai lagu raya kegemaran, Areef mengakui masih meminati lagu klasik nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kerana mesejnya yang kekal relevan sehingga kini.

“Saya suka lagu raya P Ramlee, Suara Takbir. Walaupun lagu itu dah lama tapi ayat dia sampai sekarang boleh ‘relate’. Setiap zaman boleh pakai lagi.

“Kalau lagu sekarang saya suka lagu Hael Husaini dengan Nadeera, Meriah Lain Macam. Bila dengar memang rasa nak menari,” katanya.

Menyentuh mengenai persiapan baju raya, Areef berkata dia tidak terlalu cerewet dan lebih selesa memilih konsep sedondon bersama keluarga.

“Baju raya tak cerewet. Sebelum ini keluarga saya selalu tempah, tapi dah beberapa tahun ini saya cakap dekat keluarga suruh beli saja sebab lebih senang. Biasanya sedondon satu keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Areef turut berkongsi pengalaman ketika melanjutkan pengajian di United Kingdom selama dua tahun, namun tetap memastikan dirinya pulang ke Malaysia setiap kali Aidilfitri.

“Semasa saya belajar di UK selama dua tahun, setiap kali raya saya balik sebab saya homesick. Puasa di sana, tapi hujung puasa saya balik dah ke Malaysia. Tak pernah ‘missed’ balik Malaysia,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023

[VIDEO] Anak Tertumpahkan ‘Cutex’ Pada Seluar & Baju Jenama Terkenal, Tomok Bayar Ganti Rugi Cecah Lebih RM5,000… Syukur Ada Yang Beli Semula!

Allahuuu banyak tu lebih RM5 ribu 😭😭😭 Syukurlah ada yang beli semulaa… Anak oh anakk 🤣 Sabar ya Tomok

Trending Thu, 16 Nov 2017

摄影师母亲把自己的女儿变身成为Wonder Woman!

Mary Grace Pingoy是一位来自美国印第安纳州西北部获奖的家庭和儿童肖像摄影师。她近期帮她第一个女儿创作了一系列神奇女侠的照片拍摄。

Trending Sun, 17 Aug 2025
Trending Tue, 27 Aug 2019

Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Doktor Bedah

250 Kanak-Kanak Didakwa Dibius Dan Didera Secara Seksual Oleh Seorang Doktor Pakar Lebih 3 Dekad

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Saleem Masih Hidup, SENIMAN Minta Netizen Jangan Terpedaya Berita Palsu

SENIMAN menadah tangan memohon kepada Allah supaya penyanyi Suci Dalam Debu itu segera sembuh seperti sedia kala. Insya Allah…

Trending Tue, 2 Jul 2019

Obses Tonton Video Lucah, Budak 12 Tahun Rogol Anak Asuhan

Baru 12 tahun dik oi, apa nak jadi ni?

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Hiburan Mon, 11 May 2026

Aedy Ashraf Anggap Kejayaan Filem Sebagai ‘Hari Graduasi’, Luahan Ibu Undang Sebak

Aedy berkata walaupun dia tidak mampu menghadiahkan segulung ijazah buat ibunya, namun kejayaan menghasilkan filem sulung dianggap seperti sebuah ‘hari graduasi’ dalam hidupnya.

error: Content is protected !!