Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 22, 2026 @ 9:00am

Erysha Emyra ‘Prepare’ Mental Untuk Bersosial Ketika Raya – “Dulu Saya Introvert, Banyak Diam Saja”

Pelakon, Erysha Emyra mengakui sambutan Aidilfitri kini dirasai berbeza sejak bergelar anak seni, apatah lagi apabila namanya semakin dikenali ramai.

Menurut Erysha, 27, dia sebenarnya seorang yang introvert dan tidak gemar terlalu banyak bergaul, terutama ketika berkumpul bersama keluarga besar di kampung.

“Dulu kalau balik Kelantan masa raya, saya lebih banyak diam. Memang tak bercakap sangat dengan orang,” katanya.

Bagaimanapun, situasi itu kini berubah seiring dengan populariti yang diraih.

Aktres drama bersiri Aku Bukan Ustazah itu berkata, layanan yang diterima juga tidak lagi sama seperti dahulu, sekali gus memerlukan dirinya untuk menyesuaikan diri.

“Sekarang orang dah mula kenal. Jadi suasana itu berbeza, cara orang tegur dan berinteraksi pun tak sama macam dulu,” katanya.

Erysha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa anjuran LOL Entertainment di Hotel Royal Chulan, Damansara, baru-baru ini.

Mengakui masih mempunyai sifat pendiam, Erysha berkata dia kini perlu ‘bersedia’ dari segi mental sebelum pulang beraya, lebih-lebih lagi apabila perlu berdepan dengan ramai orang.

“Kalau dulu saya boleh jadi diri sendiri saja, diam dan tak banyak bercakap.

“Tapi sekarang bila balik raya, saya kena ‘prepare’ diri untuk bersosial,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

2018「台湾之夜」嗨翻全场!陈建年加码一首歌迷呼赚到

2018「台湾之夜」嗨翻全场!大马原住民歌手Reza Salleh以及来自台湾的柯智棠、吴汶芳和陈建年四小时轮番接唱,让歌迷一次听过瘾。

familuv Fri, 27 Sep 2019
Hiburan Tue, 20 May 2025

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 Kekal Optimis Sasar Kutipan Pecah Panggung RM60 Juta!

Pengarah Ejen Ali The Movie 2 akui tekanan bersaing dengan filem lain di pawagam

Featured Fri, 13 Jan 2023

“Ready To Fight” – Zahid Hamidi Sahut Cabaran Khairy Jamaludin?

Ucapan ringkas ‘ready to fight’ yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) […]

Hiburan Thu, 25 Sep 2025

Zazzleen ‘All Out’ Dalam Showcase Timeless, Energi Buat Peminat Terpukau

Hasrat Zazzleen adakan showcase menyanyi lagu ibu, Normala Omar tercapai

Trending Fri, 17 Jan 2020

Youtuber Dipenjara Selepas Bersalah Panjat Piramid Di Mesir

Seorang Youtuber Rusia-Amerika, Vitaly Zdorovetskiy telah dipenjarakan selepas beliau didakwa memanjat pyramid di Mesir. Tindakan beliau ini adalah untuk cuba mendapatkan sumbangan dan derma untuk tragedy kebakaran yang berlaku di Australia. Dia yang lebih dikenali […]

Hiburan Sun, 23 Feb 2025

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Payudara

Noor Kartini mendedahkan dirinya menghidap kanser payudara tahap satu.

error: Content is protected !!