Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 14, 2026 @ 10:00am

Guru Matematik Viral Sir Race Lancar Lagu Raya, Alyssa Dezek Jadi Kejutan Dalam MV

Guru subjek Matematik yang tular di media sosial, Sir Race tampil dengan buah tangan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini menerusi pelancaran lagu raya berjudul Bah Selamat Hari Raya.

Lagu tersebut menggabungkan kemeriahan muzik raya tradisional dengan sentuhan pop moden yang diinspirasikan daripada gaya K-Pop, sekali gus memberi kelainan kepada karya bertemakan perayaan.

Menariknya, lagu ini turut mengekalkan identiti Sabah menerusi penggunaan perkataan ikonik seperti ‘bah’ yang sinonim dalam percakapan masyarakat di negeri itu.

Menurut Sir Race, idea menghasilkan lagu berkenaan timbul selepas menyedari tidak banyak lagu raya daripada artis Sabah yang benar benar menonjolkan identiti negeri tersebut di peringkat nasional.

“Saya lihat belum ramai artis Sabah yang menghasilkan lagu raya yang membawa identiti negeri kami. Sebab itu saya cuba tampil dengan sebuah lagu yang ceria dan moden, tetapi pada masa sama mengekalkan elemen Sabahan seperti perkataan ‘Bah’ yang sangat dekat dengan masyarakat di sana,” katanya.

Bah Selamat Hari Raya menampilkan konsep muzik yang rancak dan mudah diingati, sekali gus sesuai dinyanyikan bersama oleh pelbagai lapisan masyarakat sepanjang musim perayaan.

Gabungan elemen muzik raya dengan sentuhan pop moden serta vibe K-Pop turut memberi warna tersendiri kepada lagu tersebut.

Keunikan karya ini turut diserikan dengan koreografi tarian ringkas yang berpotensi menjadi trend di media sosial seperti TikTok, sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk turut sama memeriahkan lagu berkenaan secara kreatif di platform digital.

Muzik video lagu itu pula menampilkan suasana Aidilfitri yang meriah dengan elemen kekeluargaan dan warna warni perayaan. Lebih istimewa, video tersebut turut menampilkan kemunculan penyanyi dan pelakon muda Alyssa Dezek sebagai cameo.

Dalam pada itu, Sir Race memaklumkan lagu tersebut turut didedikasikan kepada para pelajarnya dari Tingkatan satu hingga Tingkatan lima, selain komuniti pelajar serta ibu bapa yang sentiasa menyokong program pendidikan di bawah PTTI Group.

“Lagu ini saya tujukan khas kepada semua pelajar saya dari Tingkatan satu hingga lima, termasuk komuniti pelajar dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada PTTI. Saya harap lagu ini dapat menceriakan mereka selepas melalui perjalanan akademik yang agak mencabar sepanjang tahun,” katanya.

Sir Race turut berharap lagu Bah Selamat Hari Raya dapat menjadi antara lagu yang memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini selain mengeratkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

JONGHYUN’S ALBUM “POET | ARTIST” MAKES IT INTO BILLBOARD TOP 200!

SHINee’s Kim Jonghyun has made his Billboard 200 debut with his posthumous album Poet | Artist!

Hiburan Sun, 14 Dec 2025
Kisah Viral Wed, 11 Dec 2024
Hiburan Fri, 2 Aug 2019

‘Bercakap Pun Dah Mengah’- Adira Berdebar Tunggu Masa!

Saya juga mudah terlelap, kadang kala sedang berhenti di lampu isyarat pun sempat tertidur.

Selebriti Wed, 29 Nov 2023

Yasin Sulaiman Dibebas & Dilepas Daripada 3 Pertuduhan Dadah, Mahkamah Perintah Dimasukkan Ke Hospital Bahagia

Hakim telah memerintahkan Yasin untuk ditempatkan di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan oleh Sultan Selangor.

Trending Tue, 22 Oct 2019
Featured Mon, 2 Mar 2026

Selepas Didakwa Kurang Ajar, Betty Rahmad Muat Naik ‘Pesanan Dari Tuhan’ – “Jika Datang Dari Kamu Seorang Yang Fasik, Maka Selidiklah”

Menerusi muat naik di ruangan Instagram Story, Betty berkongsi petikan ayat ‘Pesanan Dari Tuhan’ yang menjelaskan tentang sikap seorang yang fasik.

Trending Wed, 26 Aug 2020
error: Content is protected !!