Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 14, 2026 @ 11:27am

Shiha Zikir Sedih, Bergenang Air Mata Bila Noraniza Idris Dikecam Kerana Suka Lagu ‘Minta Ampun’

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa sedih apabila Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris, menerima kecaman daripada segelintir netizen hanya kerana menyatakan sokongan terhadap lagu nyanyiannya berjudul Minta Ampun.

Menurut Shiha, dia terkejut melihat komen kurang menyenangkan yang ditinggalkan di media sosial terhadap Noraniza yang mesra disapa dengan panggilan Kak Ani, sedangkan penyanyi itu hanya berkongsi pandangan peribadi tentang lagu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Lagu Raya Tak Perlu Terlalu Kreatif!” – Noraniza Idris Puji Lagu Shiha Zikir, Tak Kisah Dilabel Tak Relevan

“Sejujurnya, saya benar-benar sedih apabila Kak Ani menerima komen seperti itu. Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen seperti itu?” katanya.

Pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir ini turut menegaskan Kak Ani tidak melakukan sebarang kesalahan sehingga wajar menjadi sasaran kecaman.

“Saya melihat perkara ini secara neutral. Pada saya, dia tidak buat apa-apa yang salah. Dia cuma meluahkan pendapat. Dia tidak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain,” katanya.

Bagi Shiha, Kak Ani merupakan figura besar dalam industri muzik tempatan dan tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian hanya kerana memberikan pandangan jujur terhadap sesebuah karya.

Katanya, situasi itu memberi kesan emosi yang mendalam kepada dirinya sehingga sukar menahan perasaan sedih.

“Pada saya, dia seorang legenda. Saya memang sangat tersentuh sampai bergenang air mata apabila melihat apa yang berlaku. Saya betul-betul terkejut masih ada segelintir peminat yang bertindak begitu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi Karya Hafiz Hamidun & Fedtri Yahya, Shiha Zikir Angkat Keikhlasan Dalam Lagu Tradisional ‘Minta Ampun’

Dalam masa sama, Shiha menitipkan nasihat kepada para peminat agar lebih berhemah ketika meninggalkan komen di media sosial kerana setiap kata-kata mampu memberi kesan kepada individu lain.

“Saya faham ada penyokong yang obses, tapi kena ada batasnya. Sebelum buat apa-apa, kena fikir dahulu.

“Saya memang selalu pesan dekat peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain. Memang saya akan beritahu mereka. Itu tidak baik,” katanya.

Sebelum ini, Kak Ani berkongsi lagu raya pilihannya untuk tahun ini ialah Minta Ampun nyanyian Shiha kerana karya tersebut mempunyai elemen kemelayuan yang kuat selain berjaya menyentuh emosi pendengar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Apr 2021

Kulit Wajah Berjerawat & Bermasalah Pernah Jadi Penyebab Aina Abdul Hilang Keyakinan Diri

Kulit wajah yang bermasalah pernah menjadi penyebab penyanyi Aina Abdul hilang keyakinan diri. Menurut pelantun lagu Sumpah itu, masalah muka berjerawat sudah dialaminya semenjak zaman persekolahan lagi. “Semenjak berada di sekolah menengah, saya mengalami masalah […]

Featured Thu, 13 Oct 2022

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Ulas Isu Individu ‘Claim’ Cicit Nabi Muhammad, Netizen Puji Cara Orang Berilmu Jawab

Apa pendapat korang mengenai individu dakwa dirinya cicit Nabi Muhammad SAW?

Drama Thu, 2 Dec 2021

Pengarah Kisah Cinta Kita Jawab Dakwaan Babak Tepis Telefon Tiru Babak K-Drama Descendants of The Sun

Sebelum ini, tular di TikTok tentang babak di dalam drama bersiri Kisah Cinta Kita dikatakan meniru adegan drama cinta popular di Korea, Descendants of The Sun (DOTS). Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna […]

Trending Wed, 18 Mar 2020

45 Individu Jalani Ujian Pertama Vaksin Covid-19

Semoga penawar Covid-19 dapatlah dihasilkan dengan kadar paling segera

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Masih Dalam Pantang, Suami Madammu Hadiahkan Kereta Mewah!

Wahh bestnya! Alhamdulillah congrats Madammu

Trending Mon, 25 Jan 2021
Hiburan Tue, 12 Sep 2023

Selepas Filem Nota, Pasangan Suami Isteri Hasilkan magiK

Yasu & Bea Tanaka tampil dengan magiK!

error: Content is protected !!