Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 18, 2026 @ 7:18am

Tampil Dengan 7 Naskhah Sempena Syawal 2026, Peminat Beri Iman Troye Gelaran ‘Puteri Lagu Raya’

Penyanyi Iman Troye terus mencuri perhatian apabila tampil dengan tujuh buah lagu raya sempena Syawal 2026, sehingga ada peminat yang memberikan gelaran ‘Puteri Lagu Raya’.

Terbaharu, lagu Jemput Jemput Raya nyanyian Iman bersama Asslahierah mencatat kejayaan apabila kini berada di tangga ketiga carta trending YouTube Malaysia dan meraih lebih 1.1 juta tontonan hanya dalam tempoh enam hari sejak dilancarkan.

Bukan itu sahaja, Iman turut tampil dengan sebuah projek istimewa berbentuk EP berjudul 30 Hari 30 Lagu Raya yang menghimpunkan lima lagu raya dengan pelbagai kolaborasi.

Antara lagu yang dimuatkan dalam EP tersebut ialah Tung Tung Raya bersama Datuk Seri Aliff Syukri, Jemput Jemput Raya bersama Asslahierah, Ayuh Raya bersama XO Jr., Selamat Tahun Baru Raya bersama Ammar Haikal, Hadie El Fardie dan Eznny serta Maaf Lahir Batin yang turut menampilkan Asslahierah dan Akbar Chalay.

Selain lima lagu dalam EP tersebut, Iman juga terlibat dalam dua lagi lagu raya menerusi kerjasama bersama dua jenama popular, menjadikan jumlah keseluruhan lagu raya yang dihasilkan tahun ini sebanyak tujuh buah.

Kehadiran tujuh lagu raya dalam satu musim perayaan membuktikan komitmen Iman dalam memeriahkan industri muzik tempatan, khususnya dalam menghasilkan karya bertemakan Aidilfitri yang segar dan dekat dengan pendengar.

Dengan pencapaian memberangsangkan serta konsistensi dalam menghasilkan lagu raya saban tahun, tidak hairanlah Iman Troye kini dilihat sebagai antara figura utama yang mewarnai landskap muzik raya moden di Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 May 2019

Bawa Watak Budak Kampung, Haqiem Rusli Sanggup Tanggal Spek Hitam!

Korang dah tengok ke belum iklan ‘Hero Setulus Ikhlas’?

Hiburan Sun, 14 Jul 2019

Syazwan Zulkifly Belum Sedia Jadi Suami Sebab…

Pelakon Syazwan Zulkifly memiliki sebab tersendiri melambatkan rancangan menamatkan zaman bujang.

Hiburan Thu, 15 Jan 2026

Kolaborasi Unik Siti Nordiana Bersama Apit Tearra, ‘Merayu Angan’ Satukan Rap & Jiwang Leleh

Merayu Angan mengadun emosi cinta menerusi gabungan rap dan jiwang leleh.

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Kisah Viral Thu, 23 Jan 2025
Trending Mon, 29 Jun 2020

Tarikh Baru SPM Bermula 6 Januari 2021

Baca info ni betul-betul

Hiburan Tue, 24 Jan 2023
Featured Mon, 27 Apr 2026

Bakal Tunai Ibadah Haji, Ezad Lazim Mohon Doakan Yang Terbaik – “Saya Sedikit Risau Sebab Tak Pernah Pergi Sana”

Ezad Lazim bersyukur sekali gus memohon doa orang ramai apabila dia dan isteri bakal menunaikan ibadah haji pada 30 April ini.

error: Content is protected !!