Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 19, 2026 @ 8:54am

“Setiap Kali Solat Saya Berdoa, Jadikanlah Anak-Anakku Soleh & Solehah” – Sambut Hari Lahir, Nur Shahida Kongsi Harapan Di Usia 41 Tahun

Usahawan selebriti, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 pada 14 Mac lalu dengan penuh rasa syukur, sambil berkongsi refleksi kehidupan yang kini lebih tertumpu kepada keluarga dan masa depan anak-anak.

Menurut Shahida, pada usia sekarang, keutamaan dalam hidupnya bukan lagi soal pencapaian material semata-mata, sebaliknya lebih kepada membesarkan anak-anak dengan didikan yang baik.

“Bila saya berada di usia ini, saya sudah mempunyai anak yang ramai. Dari segi perniagaan, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Alhamdulillah, nak kata bagus sangat itu tidak, tapi saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang,” katanya.

Tambahnya, impian terbesar sebagai seorang ibu adalah untuk melihat anak-anak membesar menjadi individu yang berakhlak baik dan mendengar nasihat.

“Harapan saya supaya anak-anak menjadi insan yang baik. Saya sangat berharap anak sulung saya dapat menjadi pemimpin yang hebat kerana dia mempunyai ramai adik untuk dibimbing,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kali Ni Kita Approve!” – Dapat Sambutan Positif, Peminat Teruja Dengar Lagu ‘Mama Papa Raya’ Nyanyian Aliff Syukri

Dalam masa sama, Shahida turut berkongsi doa yang sentiasa dititipkan setiap kali menunaikan solat, demi kesejahteraan zuriatnya.

“Setiap kali solat, saya akan berdoa agar keturunan saya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, bukan sahaja untuk anak-anak saya, tetapi berterusan hingga ke cucu dan cicit,” katanya.

Berkongsi mengenai perancangan masa depan, Shahida mengakui pendekatan dirinya dalam perniagaan agak berbeza berbanding suaminya, usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri.

Menurutnya, Aliff merupakan seorang yang berwawasan besar dan sentiasa mempunyai cita-cita tinggi dalam mengembangkan perniagaan.

“Saya dan suami memang berbeza. Dia seorang yang sangat berimpian besar, manakala saya lebih kepada bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.

Bagaimanapun, Shahida turut menyokong impian suaminya untuk membuka sebuah pusat membeli-belah yang menawarkan barangan berkualiti pada harga mampu milik.

“Suami saya ada impian untuk membuka sebuah mall. Kami berharap ia dapat direalisasikan satu hari nanti, supaya kami dapat menyediakan produk berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk semua,” katanya.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada 2007 dab mempunyai enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Wed, 6 Mar 2019

#xtra好康头 | 送你去看朴宝剑《2019亚洲巡回粉丝见面会》马来西亚站

准备好见「国民男朋友」了吗? #xtra好康头 将送你去看朴宝剑《2019亚洲巡回粉丝见面会》马来西亚站~

Featured Wed, 21 Jun 2023
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

Tampil Dengan 7 Naskhah Sempena Syawal 2026, Peminat Beri Iman Troye Gelaran ‘Puteri Lagu Raya’

Wah, banyaknya lagu raya Iman Troye, sampai 7 naskhah tau tahun 2026 ni!

Featured Thu, 2 Sep 2021
Trending Sun, 16 Mar 2025

Replika Baju Melayu Gergasi Cetus Kontroversi, Ini Penjelasan Pengasas Bulan Bintang

Kehadiran replika baju Melayu gergasi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Hiburan Sun, 18 Jan 2026

Jenazah Nadia Kesuma Bakal Dikebumikan Di Arab Saudi, Suami & Anak Bakal Terbang Ke Jeddah Pagi Ini

Jenazah pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi akan dikebumikan di sana.

Featured Wed, 7 Apr 2021

Datuk Ramli MS Bakal Muncul Dengan Panggung Tok Ram

Kredibiliti pencinta muzik ternama tempatan, Datuk Ramli MS dalam dunia seni tidak dapat disangkal lagi dalam industri tanah air. Datuk Ramli MS akan muncul dengan Panggung Tok Ram iaitu sebuah platform yang dicetuskan untuk mencari […]

Trending Tue, 13 Nov 2018

蔬果「拟人化」后的爆笑日常!

日本超人气插画家「keigo」又绘出一系列的蔬果人,用可爱、逗趣的画风来勉励大家:做人其实很幸福好吗!

error: Content is protected !!