Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 19, 2026 @ 3:48pm

Tak Ada Istilah Diam, PU Riz Perjelas Batas Tegur Adik Ipar

Pendakwah bebas, PU Riz sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjawab persoalan ramai terhadap tindakannya yang didakwa tidak menegur adik ipar terutamanya dari segi penampilan yang mematuhi syariat agama.

Menerusi temu bual podcast Sembang Seram dikendalikan oleh pelakon, Safwan Nazri, PU Riz menegaskan dia masih tetap memberi teguran namun begitu perkara tersebut perlu dilakukan secara beradab kerana adik iparnya juga masih mempunyai ibu bapa.

“Secara umum kita memang tegur tapi tidak lah secara mendalam seperti ‘eh, tak pakai tudung lagi? Berapa kali nak tegur?’.

“Daripada segi adab, dia (adik ipar) pun ada mak ayah sendiri. Kalau Safwan (host) tegur adik saya pun, walaupun adik saya tak sempurna saya akan tetap rasa cara teguran itu tak betul sebab orang luar kan.

“Saya ada beri teguran, jangan salah faham pula. Saya tetap beri peringatan tapi kena ingat dalam al-Quran ‘jaga diri kamu dan ahli keluarga’ terlebih dahulu,” katanya.

Dalam masa sama, suami kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini berkongsi panduan dan pegangannya daripada sudut Islam yang dianjurkan dalam al-Quran iaitu tanggungjawab utama adalah untuk menjaga diri dan ahli keluarga terdekat.

“Apabila kemungkaran berlaku kena tegur tak? Tegur. Tapi setiap orang kena ada batas untuk menegur.

“Maksudnya siapa yang wajib kita tegur? Ahli rumah kita iaitu isteri, anak-anak, orang gaji. Untuk orang gaji saya pun saya sediakan kelas fardhu Ain, saya tak ambil ringan soal itu,” tegasnya.

Mengulas lebih lanjut, PU Riz atau nama lengkapnya, Muhammad Haris Ismail, 31, tidak menafikan dirinya penat apabila sering dihujani dengan kritikan sedemikian setiap kali berkongsi video dakwah di media sosial miliknya.

“Mungkin nampak agak serius berpesan sebab saya pun penat nak bercakap.

“Setiap kali saya cakap orang akan kata ‘oh, tegurlah keluarga kau dulu, pergi ambil cermin diri sendiri’.

“Adakah saya diam? Tak. Siapa pun buat silap apatah lagi ahli keluarga kita tetap tegur,” katanya.

@sembangseram

Ada cara dia guys dalam bab nak menegur sesama ipar ni. Fahamkan baik-baik ok 😊 #harisismail #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Sumber: Sembang Seram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Trending Fri, 8 Mar 2019

Total Startupper Challenge 2018 – 2019 Rewards Its Winners

The Total Startupper Challenge 2018 – 2019 recently just announced the winners of the challenge at an exclusive award ceremony.

Trending Fri, 23 Mar 2018

Wow! Wanita Ini Mengaku Cintakan Trump

Wanita itu juga tidak menolak kemungkinan hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Namun, Rumah Putih sebelum ini menafikan Trump memiliki sebarang hubungan dengan McDougal. Macam mana ni?

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Anak Mama Kuat! Kesilapan Itu Bukan Bermakna Adik Gagal” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

Pelakon Abby Abadi tampil memberikan kata-kata semangat dan nasihat buat anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Aliff Syukri Ubah ‘Selera’

Pelan ini dijangka akan bermula enam bulan dari sekarang

error: Content is protected !!