Euforia Bola 2026
Filem By: Padin April 5, 2026 @ 6:00am

Aksi Penuh Adrenalin Dipadankan Dengan Kisah Cinta Mat Rempit & Gadis Buta, Malaikat Malam Tampil Naskhah Berbeza

Filem Malaikat Malam tampil sebagai naskhah terbaharu yang menggabungkan elemen aksi motosikal berintensiti tinggi dengan kisah cinta, hasil kerjasama empat penerbit utama iaitu Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios.

Mengangkat kisah seorang ‘mat motor’, filem ini memaparkan perjalanan hidup seorang individu yang berdepan konflik antara realiti kehidupan yang membentuk dirinya dan keinginan untuk berubah. Kehadiran insan istimewa dalam hidupnya menjadi titik tolak kepada perubahan yang tidak dijangka.

Berbeza dengan filem pemotoran lain yang lebih menumpukan aksi, Malaikat Malam turut memberi fokus kepada hubungan antara watak, termasuk tema kesetiaan dan pengorbanan yang mempengaruhi hala tuju kehidupan seseorang. Naratif ini turut menggambarkan bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk berubah walaupun datang dari latar belakang yang sering dipandang negatif.

Filem ini menampilkan Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan yang bergelut dengan konflik emosi. Menerusi watak tersebut, Syafiq membawa kelainan apabila tampil sebagai ‘mat rempit’ buat pertama kali, sekali gus memperlihatkan sisi lakonan yang lebih mencabar.

Turut membintangi filem ini ialah Tracie Sinidol yang memegang watak gadis buta, selain kemunculan semula Que Haidar ke layar perak. Barisan pelakon lain seperti Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi turut melengkapkan naskhah ini dengan karakter yang pelbagai.

Malaikat Malam diarahkan oleh Nazifdin Nasrudin, yang membuat penampilan sulung sebagai pengarah. Sebelum ini, dia terlibat sebagai editor dan penulis bagi beberapa filem box office termasuk Sheriff, Malam Terlarang, Reversi dan Soloz: Game of Life. Turut menyokong projek ini ialah Syafiq Yusof sebagai penerbit, yang membawa pengalaman dalam memastikan kualiti penerbitan berada pada tahap terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Berlakon Dengan Idola Zaman Sekolah, Syafiq Kyle Imbau Pertemuan Awal Dengan Que Haidar 20 Tahun Lalu – “Dulu Saya Tengok Dia…”

Datuk Yusof Haslam selaku Pengerusi Skop Productions dan Penerbit Eksekutif Filem Malaikat Malam berkata, filem ini dihasilkan dengan matlamat untuk mengangkat semula genre pemotoran dengan pendekatan yang lebih tersusun dari segi penceritaan dan produksi.

“Kami melihat naskhah ini sebagai usaha untuk memperkemaskan genre pemotoran dengan penekanan pada disiplin produksi, kekuatan skrip dan pembangunan watak, supaya ia tidak hanya bergantung kepada aksi semata-mata.

“Dalam masa yang sama, penting untuk kami memastikan filem ini mempunyai nilai tontonan yang kukuh dan mampu berdiri sebagai karya berkualiti dalam industri tempatan,” katanya.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad selaku Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif Bersama Malaikat Malam, genre pemotoran masih mendapat tempat dalam kalangan penonton tempatan, namun melalui filem ini, pendekatan yang lebih segar diketengahkan.

“Genre ini sememangnya diminati penonton, tetapi kali ini kami tampil dengan versi yang lebih relevan. Watak utama yang dibawa Syafiq Kyle meneruskan legasi karakter ‘mat motor’ dan berpotensi menjadi ikon baharu.

“Kami juga teruja dapat bekerjasama semula dengan Viper Studios, Skop Productions dan Primeworks Studios untuk menghasilkan karya yang bukan sahaja penuh aksi, tetapi juga menyentuh sisi emosi dan kemanusiaan,” katanya.

Tambah Nini Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima serta Primeworks Studios pula melihat filem ini sebagai satu karya yang menawarkan pengalaman tontonan berbeza serta memperkukuh kedudukan filem tempatan di pasaran.

“Kami percaya filem ini bukan sekadar memberi pengalaman tontonan yang unik, tetapi juga membawa penceritaan yang lebih mendalam dari segi emosi, sekali gus memperlihatkan kualiti filem tempatan yang mampu bersaing,” katanya.

Pengarah, Nazifdin Nasrudin turut berkongsi bahawa filem ini ingin membawa perspektif lebih manusiawi terhadap dunia tersebut.

“Sebagai pengarah, saya mahu membawa cerita ini lebih daripada sekadar aksi pemotoran. Ia tentang manusia, tentang pilihan, penyesalan dan harapan untuk berubah.

“Dunia ini sering dilihat secara stereotaip, jadi saya cuba tampilkan sudut yang lebih jujur dan berlapis supaya penonton dapat memahami apa yang mendorong mereka. Saya juga menitikberatkan keseimbangan antara aksi dan emosi supaya setiap babak ada jiwa,” katanya.

Filem ini mengisahkan Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta bernama Ratna, sekali gus menjadi titik perubahan dalam hidupnya. Namun, apabila konflik lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang sukar dielakkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 22 Dec 2023

“Doakan Saya Cepat Dapat Jodoh” – Fathia Latiff

Aamin semoga doa untuk bertemu jodoh termakbul

Hiburan Thu, 10 May 2018

Selena Takkan Kembali Semula Dengan Justin Bieber

Betul ke Selena Gomez,dikatakan sudah berpatah arang dan enggan menyambung kembali percintaan dengan Justin Bieber, penyanyi dan pelakon

Hiburan Wed, 18 Mar 2020
Featured Thu, 3 Nov 2022

[VIDEO] Buat Trend Swipe, Elyana Dikecam!

Fuhh, rancaknya Elyana 🥵

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

孙燕姿《半句再见》预告 超音波短片温馨催泪

孙燕姿先前为电影《六弄咖啡馆》配唱的主题曲《半句再见》,日前在脸书公开预告影片,短短30秒影片纪录超音波短片及宝宝心跳声,充满温馨母爱。

Trending Fri, 28 Feb 2020

“Ego, Cerebral Palsy Dan Keguguran”- Angkat Isu Rumah Tangga, Drama Maaf Tak Indah Main Emosi Netizen

Masalah rumah tangga dalam sesebuah perkahwinan bukan lagi sesuatu yang dikira sebagai”taboo”. Isu seperti penderaan fizikal dan mental, poligami, nafkah zahir dan batin, kesuburan merupakan antara masalah rumah tangga yang sering menjadi topik dan bualan […]

Hiburan Mon, 10 Jun 2024

Sempena Anniversary, Dini Schatzmann Kongsi Memori Terindah Dengan Janna Nick… Share Rutin Harian Sebelum Tidur – “Tetap Tunggu & Mandi Sama-Sama”

Sweetnyaaa!! Happy Anniversary Janna, Dini ❤️❤️ Semoga terus lovey dovey, dikurniakan cahaya mata soleh solehah 🥰🥰

error: Content is protected !!