Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 6, 2026 @ 7:59am

Jom Saksikan K-Drama Vertikal Paling Ketagih Di ‘Tonton Vertical: K-Daebak’!

Platform penstriman Tonton terus memperluas penawaran kandungannya dengan memperkenalkan Tonton Vertical: K-Daebak, koleksi terbaharu siri K-Drama dalam format vertikal yang direka khusus untuk tontonan pantas dan mesra peranti mudah alih.

Inisiatif ini selari dengan usaha Tonton untuk menawarkan pengalaman hiburan yang lebih relevan dengan gaya hidup digital masa kini, apabila penonton kini cenderung memilih kandungan ringkas tetapi padat. Menerusi format ini, setiap episod berdurasi sekitar satu hingga dua minit, sesuai untuk ditonton di mana sahaja.

Tonton Vertical: K-Daebak menampilkan pelbagai genre popular termasuk romantik, saspens, komedi, drama dan remaja, dengan penceritaan yang penuh emosi serta plot twist yang mengejutkan.

Bermula 1 April 2026, sebanyak sembilan judul dilancarkan serentak. Antara yang menjadi tumpuan termasuk The Tyrant’s Bride To-Be, kisah fantasi romantik tentang seorang wanita yang terperangkap dalam dunia novel dan cuba mengubah nasibnya melalui perkahwinan kontrak dengan seorang tokoh korporat yang kejam.

Turut mencuri perhatian ialah My Guy Friend Is A Chaebol yang mengetengahkan konflik cinta dan kemunculan sahabat lama dengan rahsia tersendiri, serta My Partner, The Devil yang membawa tema balas dendam melibatkan perjanjian dengan syaitan untuk mengubah masa.

Selain itu, I Buy, Therefore I Am mengangkat dilema cinta seorang pekerja kedai buku, manakala Romance Is Comedy menyajikan kisah percintaan pejabat yang manis tetapi sarat salah faham. Level Up To Mess pula tampil dengan elemen komedi romantik yang penuh kejutan dan situasi luar jangka.

Koleksi ini turut dilengkapi dengan My Boss My Ex yang menghidupkan semula cinta lama di tempat kerja, I Cheated on My Wife or Did I? yang mengupas misteri kehilangan ingatan dalam isu kecurangan, serta The Most Painful Kiss In The World yang mengetengahkan kisah fantasi tentang pengorbanan dan pencarian kebahagiaan sebenar.

Selepas pelancaran ini, Tonton akan memperkenalkan satu siri baharu setiap minggu, dengan sasaran sehingga 60 siri setahun bagi memastikan kandungan sentiasa segar dan pelbagai.

Penonton boleh menikmati 10 episod pertama secara percuma bagi setiap siri, manakala episod seterusnya boleh diakses melalui langganan Tonton. Setiap kandungan turut disertakan sarikata Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina untuk capaian yang lebih meluas.

Tonton Vertical: K-Daebak bukan sekadar penambahan kandungan baharu, tetapi mencerminkan perubahan cara penonton menikmati drama, lebih ringkas, cepat dan sesuai dengan gaya hidup digital masa kini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 21 Aug 2019

Mattel BTS IDOL Dolls and UNO™ BTS are Now Ready to be Grabbed by ARMYs in Malaysia

The wait is over! Malaysian ARMYs can now have their favourite oppas in their rooms with dolls and cards from major retailers later this month.

Events Sat, 13 Jul 2019

大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP!朱咪咪自认NG王

《新年泰疯狂》齐聚马新港泰大咖云集!大马女神林明祯与泰国鲜肉TUL组CP,朱咪咪自认是NG王~

Hiburan Tue, 30 Oct 2018

Siap Sedia! Luncai Emas Bawakan TAMASYA ANAK MUDA 3 November Ini

Bersedialah untuk sebuah tamasya yang akan mengegarkan hari Sabtu anda, jom!

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Trending Fri, 28 Aug 2020
Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Trending Tue, 17 Jul 2018

No More GST but SST to Make Comeback

The Sales and Service Tax will be back soon.

error: Content is protected !!