Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 7, 2026 @ 6:35pm

Hadiah Anniversary Ke-7 Perkahwinan Paling Indah, Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama

Pelakon, Nelydia Senrose berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, menyifatkan kehadiran cahaya mata tersebut sebagai pelengkap genap tujuh tahun perkahwinannya bersama suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

“Seven beautiful years of loving each other have turned into a heartbeat. Happy 7th anniversary to us,” katanya ringkas.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti meluahkan rasa gembira serta mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.

Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafez pada 6 April 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Dec 2021
Events Fri, 22 Nov 2019
Featured Sat, 31 Dec 2022

Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan […]

Hiburan Sat, 25 Jan 2025
Hiburan Tue, 2 May 2023
Trending Mon, 5 Mar 2018

Jangan Salah Bebel Anak, Silap-Silap Langsung Tak Dengar Kata!

Ibu bapa kuat membebel kerana anak degil dan tak mendengar kata? Baca kenapa salah membebel boleh menjadikan anak degil dan tak mendengar kata…

error: Content is protected !!