Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 9, 2026 @ 3:52pm

Abang Dituduh Songsang, Adik Que Haidar Tegur Tuduhan Tak Berasas Netizen – “Saja Nak Ingatkan, Sebar Fitnah Padah Buruknya”

Seorang individu wanita yang dipercayai adik kepada pelakon, Que Haidar iaitu Dayangku Nazeera tampil mempertahankan aktor tersebut yang didakwa ‘gay’.

Menerusi hantaran di platform Threads, Nazeera atau nama lengkapnya, Tengku Dayangku Nazeera Tengku Haidar menyelar tindakan netizen berkenaan yang sewenang-wenangnya memfitnah Que dengan tuduhan berat.

“Wow seronoknya ek dapat fitnah orang. Nak tanya awak ada keluarga tak?

“Macam mana kalau keluarga awak kena fitnah? Apa awak rasa?,” soalnya.

Dalam masa sama, Nazeera juga menasihati netizen untuk berwaspada dalam percakapan yang boleh menjerumus kepada fitnah kerana bimbang akan memakan diri sendiri kelak.

“Kalau tak pasti jangan mudah cakap sis. Hati-hati ya. Saja nak ingatkan, sebar fitnah ada padah buruknya,” katanya lagi.

Sebelum ini, nama Que Haidar menjadi sebutan hangat di media sosial selepas bekas isterinya, Linda Jasmine mendakwa punca perceraian mereka adalah kerana mahu melindungi anak-anak daripada ‘kejahatan’.

Susulan kenyataan itu, aktor filem Malaikat Malam itu bagaimanapun kekal berdiam diri dan sehingga kini masih belum memberi sebarang respons berhubung isu rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: “Saya Lindungi Mereka Daripada Kejahatan Sebab Tu Saya Ceraikan Dia”- Linda Jasmine 

Untuk rekod, Que dan Linda, mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar.

Artikel Berkaitan: Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?

Artikel Berkaitan: DSV Borak Dengan Linda Jasmine Tentang Que Haidar Raih Tumpuan, Cik B Tampil Respons – “Minta Maaf, Mak Saya Tak…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 16 Oct 2021

Sangeeta Krishnasamy & Bront Palarae Bakal Bergabung Dalam I Am Vash

Pelakon berbakat besar, Sangeeta Krishnasamy dan Bront Palarae bakal bergabung dalam sebuah naskhah berjudul I Am Vash. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai […]

Events Fri, 21 Feb 2020

“Saya Dan Pasukan Akan Memberikan Maklum Balas Segera”- Naim Daniel Bakal Tunjuk Bukti

Semoga 2020 ni, isu lagu Sumpah dapat lah diselesaikan dengan cepat ye

Hiburan Tue, 6 Aug 2024

Azhar Sulaiman Mahu Anak Lelaki Belajar Cara Solat Jenazah

Alhamdulillah, tindakan yang bagus Azhar Sulaiman

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Hiburan Thu, 28 Nov 2024

“Kita Tegur Ikut Cara Mereka Menghormati Pelakon Senior” – Zamarul Hisham

Zamarul Hisham akui pelakon baru perlu belajar tentang adab

Trending Thu, 8 Feb 2018

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Perut Wanita Mengandung Dibelah Dan Bayinya Diculik

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

出道30载赵氏经典情歌!赵传1019云顶再现

台湾流行音乐歌坛常青树赵传将于2019年10月19日重登云顶云星剧场,为歌迷带来赵传《老男孩》云顶演唱会2019。

Trending Fri, 13 Aug 2021
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Netizen Terhibur Jebat Jayden Tiru Gaya Sharnaaz Ahmad Cakap Telefon – “Dah Menggugat Karier Saya Dalam Industri”

Jebat ni bijak sangatt! 🤩🤩 Walaupun phone terbalik, tetap ada gayaaa fiderman nii 🤣

error: Content is protected !!