Euforia Bola 2026
Drama By: Padin April 9, 2026 @ 8:57am

Dorm 403 Tampil Bongkar Sisi Gelap Sekolah Asrama, Muaz Zabir Bawa Watak Penuh Trauma

Di sebalik kehidupan harian di sekolah berasrama, tersimpan kisah silam yang tidak pernah benar-benar berakhir dan menunggu masa untuk kembali menghantui. Drama tempatan bakal tampil dengan naskhah saspens sarat misteri dan emosi berjudul Dorm 403, yang akan mula ditayangkan pada 15 April 2026.

Drama bersiri 13 episod ini akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3 serta boleh distrim di iQIYI sejam selepas siaran televisyen.

Menampilkan barisan pelakon muda seperti Muaz Zabir, Zairi Aziz, Gbril, Evertts Gomes, Nik Rifaie, Muhsin Nadzli, Noki, Dynas Mokhtar dan Puteri Aleeya, drama ini mengangkat kisah penuh tekanan, konflik dan rahsia yang semakin meruncing dalam kalangan pelajar.

Penceritaan tertumpu di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah sekolah berasrama penuh yang dikejutkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar, Sheikh, lakonan Zairi Aziz yang juga anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma.

Apa yang bermula sebagai kisah biasa remaja akhirnya bertukar menjadi tragedi yang membongkar pelbagai rahsia gelap yang lama tersembunyi.

Muaz Zabir memegang watak utama sebagai Fuza atau Kuyu, ketua kumpulan The Palang yang dikenali dengan aura dingin dan sikap pendiam sehingga menimbulkan rasa takut dalam kalangan pelajar lain.

Di sebalik personaliti tersebut, watak Kuyu sebenarnya terbentuk daripada pengalaman silam yang penuh trauma dan konflik keluarga.

Menurut Muaz, watak yang dibawanya bukan sekadar antagonis biasa, sebaliknya mewakili individu yang terbentuk daripada luka emosi yang dipendam lama.

“Kuyu bukan watak jahat semata-mata, tapi seseorang yang dibentuk oleh pengalaman pahit yang lama terpendam. Cara dia melihat dunia sangat keras, dan dia melindungi diri dengan membuat orang lain rasa takut. Bagi saya, watak ini menunjukkan bagaimana trauma boleh membentuk siapa diri seseorang,” katanya.

Dorm 403 bukan hanya berkisar tentang kehilangan misteri, tetapi turut menyentuh realiti kehidupan remaja yang berdepan tekanan, keinginan untuk diterima serta kesan luka emosi yang berpanjangan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Dorm 403 bermula 15 April ini di TV3, selain boleh mengikuti episod baharu di iQIYI sejam selepas siaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Feb 2019

Peminat Ajak Kahwin, Apa Agaknya Respon Jennie BLACKPINK?

Kejadian ini berlaku ketika Jennie sedang menikmati minuman di tepi pentas, seorang peminatnya menjerit mengajaknya untuk berkahwin.

Hiburan Mon, 18 Jun 2018

Meriahnya! Rumah Nenek Lofa Jadi Tumpuan

Kebiasaannya, kami menyediakan khemah untuk sanak-saudara dan peminat yang datang beraya. Hari raya kedua dan ketiga pun rumah nenek masih penuh dengan tetamu.

Featured Wed, 30 Apr 2025

Amerul Affendi Teruja Beraksi Dalam 6 Jilake – “Impian Jadi Nyata Bekerja Dengan Aziz M. Osman & Saiful Apek”

Wah, Amerul Affendi kini membuat kejutan dengan filem aksi komedi, 6 Jilake.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Isu Saman JAWI RM10 Juta, Yusof Haslam Pelik Dengan Syamsul – “Saya Harap Tindakan Dia Tak Keruhkan Keadaan”

Saya dan isteri sentiasa doakan yang terbaik buat Syamsul – Yusof Haslam

Trending Tue, 3 Jul 2018

Here’s the Full List of Malaysia’s New Cabinet

Here’s all their names, positions and faces.

Featured Sat, 22 Nov 2025

Fazziq Muqris Sah Bergelar Suami Sharifah Areeqa Dengan Hanya Sekali Lafaz

Fazziq Muqris akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan hanya sekali lafaz

error: Content is protected !!