Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2026 @ 12:21pm

Shakilla Khoriri Kesal, Dakwa Kebajikan Sekolah Anak Tak Diurus Dengan Baik – “Rasa Nak Pecah Dada, Jangan Paksa Aku Buka Aib!”

Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa kebajikan anak perempuan tunggalnya, Ameena Sofia tidak diurus dengan baik oleh pihak tertentu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shakilla dilihat tidak mampu menahan perasaan apabila mempersoalkan perkara asas membabitkan keperluan anaknya ke sekolah.

“Semahal itu ke getah rambut sampai anak aku kena soal kenapa aku tak sediakan?

“RM3 duit belanja sekolah pun tak mampu nak bagi hari ini pada dia?” luahnya.

Dalam nada sebak, Shakilla mengakui dia tidak berniat untuk marah, sebaliknya lebih kecewa dengan apa yang berlaku sehingga memberi kesan kepada emosinya sebagai seorang ibu.

“Kali ini aku tak marah, tapi aku sedih. Rasa macam nak pecah dada,” katanya.

Tidak hanya itu, Shakilla turut menyindir sikap individu tertentu yang disifatkan hanya matang pada luaran, namun gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Budak itu lebih berakal daripada kalian yang hanya dewasa pada nama. Dia bukan bodoh dan bukan pekak bila dengar apa yang kalian cakap tentang mak dia,” katanya.

Dalam masa sama, Shakilla memberi amaran agar tidak terus mencetuskan konflik sehingga memaksanya membuka aib pihak berkenaan kepada umum.

“Jangan paksa aku cerita aib masing-masing. Cukuplah apa yang ditulis di media sosial itu sudah mencerminkan diri sendiri.

“Nampak bodoh dan kelakar. Takut dengan netizen, tapi dalam kehidupan sebenar masih lagi berpura-pura,” katanya tegas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Nov 2022

Berbadan Sasa, Norman Hakim Nafi Ambil Ubat Steroid

Badan sado tak semestinya ambik steroid kan..

Hiburan Thu, 7 Jul 2022
Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Featured Wed, 3 May 2023
Featured Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] “Dua Hari Yang Sangat Sunyi, Moga Hadir Dalam Mimpi Daddy” – Zaquan Adha

“Daddy cuba kuat untuk hadapi semua ini. Beri aku kekuatan Ya Allah,”-Zaquan Adha

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Priyanka Chopra Buka Mulut Soal Zuriat

Sebelum ini, Nick Jonas pernah memberitahu dia mahukan cahaya mata. Menerusi temubual dengan The Rewind with Guy Raz, dia memasang impian bergelar bapa suatu hari nanti. 

Hiburan Thu, 18 Jul 2024
Hiburan Wed, 5 Sep 2018

2018「台湾之夜」嗨翻全场!陈建年加码一首歌迷呼赚到

2018「台湾之夜」嗨翻全场!大马原住民歌手Reza Salleh以及来自台湾的柯智棠、吴汶芳和陈建年四小时轮番接唱,让歌迷一次听过瘾。

error: Content is protected !!