Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 14, 2026 @ 2:59pm

Tahniah! Wanna Ali Selamat Bersalin Anak Lelaki

Pelakon Wanna Ali selamat melahirkan cahaya mata pertama, seorang bayi lelaki seberat 3.7 kilogram, awal pagi tadi secara pembedahan.

Khabar gembira itu dikongsikan ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh menerusi Instagram Stories.

Menerusi perkongsian tersebut, Ayu meluahkan rasa syukur dan mengakui masih sukar mempercayai bahawa dia kini sudah bergelar nenek.

“Alhamdullillah.. TokMi dan TokAyah macam tak percaya. Tapi real rupanya… Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kg subuh tadi secara operasi.

“Aku orang yang paling happy bahagia.. Terima kasih saudara-saudara dan kawan-kawan aku dan kawan Wanna dan suaminya mendoakan Wanna. Syukur Alhamdullillah,” tulisnya.

Sebelum ini, Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan sedang hamil anak sulung selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.

Pada Januari lalu, dia memaklumkan usia kandungannya ketika itu sudah mencecah 25 minggu dan bakal memasuki trimester ketiga.

Untuk rekod, Wanna mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri Khalid pada 9 Februari 2025.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 May 2026

“Perkahwinan Ni Macam Perjudikan Nasib” – Syifa Melvin Simpati Masa Depan Wanita Salah Pilih Pasangan Hidup

Syifa Melvin meluahkan rasa simpati terhadap nasib segelintir golongan wanita yang berdepan ujian rumah tangga.

Hiburan Wed, 20 Mar 2024

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Kesian dekat ibu Aliff Aziz sampai ahli keluarga yang dah tak ada dimaki

Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Menyanyi Boleh, Mengaji Pun Sedap…Terbaiklah Bulan!

Mesti Mentor Black bangga dengan protegenya!

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Bukan Sekadar Konsert, Healing Nite 2026 Jadi Terapi Emosi Buat 20,000 Penonton

Jika kebanyakan konsert sering dikaitkan dengan suasana hingar-bingar, padat dan meletihkan, Healing Nite 2026 memilih haluan yang berbeza. Penganjur membawa pengalaman yang lebih tenang, tersusun dan dalam banyak detik, menyentuh emosi secara halus tetapi mendalam. […]

error: Content is protected !!