Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 21, 2026 @ 3:07pm

Janna Nick Perjelas Sangkal Tuduhan Buat Akaun Palsu – “Tak Gigih Aku! Kau Orang Ni Senang Percaya Fitnah Dunia”

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menegaskan dia tidak membuka sebarang akaun Threads palsu semata-mata hendak menyaman sebuah syarikat penerbangan seperti didakwa.

Katanya, tuduhan kononnya dia bertindak sombong terhadap krew penerbangan tersebut termasuklah mengeluarkan kata-kata kesat adalah tidak tepat.

“Awak sombong sis, awak pernah naik kapal saya lepastu kena swap aircraft sebab ada masalah teknikal. Penumpang lain semua faham. Tapi awak merentan siap cakap nak saman company.

“Since that, maaf cakap memang tak suka awak dan awak memang certified sombong,” dakwa individu berkenaan.

Sedar dengan tuduhan tersebut, Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 30, menjelaskan mengenai keberadaannya kini sekali gus enggan warganet terus tertipu dengan fitnah yang disebarkan.

“Aku dekat Japan ni. Dari 13 haribulan aku dah gerak ke China. Datang mana pula create fake akaun dari United Kingdom ni.

“Dah cakap kau orang ni senang percaya fitnah dunia ni. Tapi tak sedar. Dah kenapa aku nak buat fake akaun. Tak gigih lah aku,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Mungkin Saja itu turut menafikan dakwaan kononnya dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat penerbangan seperti yang diperkatakan.

“Airline mana aku nak saman pun aku tak tahu. Nak sebut dialog, “I nak saman airline” bunyi macam dialog drama slot Akasia sangat. Lantak kau orang lah nak percaya story-story ni semua,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023

Puteri Khareeza Tonjolkan Vokal Mantap Menerusi ‘Helah’

Meremang weh! Sedap betul lagu Helah ni!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Hiburan Fri, 3 Jan 2020

Aeril Zafrel’s Innocent Picture Of Son’s First Day Of School Become A Subject Of Cyber Bully

Sometimes these people on the Internet are too free that they have the time to attack on innocent people.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

‘Fake Instagram’ Ini Jawapan Win Nana Al Haleq !

Terpalit sekali lagi dengan isu penuh kontroversi apabila tampil dengan baju yang begitu ‘wow’, individu ini label teruk Nana Al Haleq

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Izzara Aishah Memilih Watak?

Bila dah kahwin, suami akan teliti skrip yang ditawarkan dulu.

error: Content is protected !!