Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 22, 2026 @ 3:38pm

Kerjaya Seni Tertangguh Kerana Masalah Kesihatan, Andi Bernadee Kini Kembali Melangkah… Luah ‘Aku Nak Kahwin’?

Penyanyi versatil, Andi Bernadee kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single terbaharu berjudul Aku Nak Kahwin, sebuah lagu ringan yang mengangkat realiti kehidupan ramai, khususnya mereka yang masih menanti jodoh.

Lagu ini mengisahkan individu yang sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan, namun masih menunggu pasangan yang sesuai. Dengan lirik yang jujur dan bersahaja, karya ini turut menyentuh tekanan daripada keluarga dan persekitaran, selain harapan untuk membina hubungan yang bahagia.

Menurut Andi, kekuatan utama lagu tersebut terletak pada mesejnya yang mudah difahami dan dekat dengan pengalaman ramai.

“Lagu ini sangat dekat dengan kehidupan orang ramai, terutamanya mereka yang sudah lama single dan bersedia untuk berkahwin. Liriknya jujur dan terus terang, jadi mudah untuk pendengar kaitkan dengan diri sendiri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipanggil ‘Macam Penagih’ Gara-Gara Badan Makin Kurus, Andi Bernadee Tampil Perjelas Keadaan – “Saya Dalam Proses Healing”

Tambahnya, dalam situasi industri muzik yang banyak dipenuhi lagu bertemakan kecewa dan putus cinta, Aku Nak Kahwin hadir dengan pendekatan berbeza yang lebih santai dan positif.

“Sekarang ini banyak lagu berkisar tentang perpisahan atau kecurangan. Jadi saya mahu tampilkan sesuatu yang lebih ringan dan menggembirakan, bagi beri suasana berbeza kepada pendengar,” ujarnya.

Selain itu, Andi turut menyentuh isu tekanan sosial yang sering dihadapi oleh golongan muda, khususnya apabila melibatkan soal perkahwinan.

“Soalan seperti bila nak kahwin memang sering ditanya, terutamanya bila berkumpul dengan keluarga. Bagi saya, perkara ini perlu dihadapi dengan tenang tanpa terlalu tertekan, dan penting untuk ada sokongan daripada diri sendiri serta orang terdekat,” jelasnya.

Dari sudut produksi, lagu ini menggabungkan elemen nyanyian dan rap yang memberikan warna tersendiri.

“Secara keseluruhan, lagu ini santai dari segi vokal tetapi tetap memerlukan kawalan pernafasan yang baik. Gabungan nyanyian dan rap menjadikannya lebih menarik dan pada masa sama memberi cabaran yang menyeronokkan untuk saya,” katanya.

Dalam masa sama, Andi mengakui proses menghasilkan lagu ini bersama album penuh Ding Geding bukanlah mudah apabila perancangan sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat masalah kesihatan.

Bagaimanapun, tempoh tersebut dimanfaatkan untuk berehat dan kembali pulih sepenuhnya sebelum kembali aktif dalam industri muzik.

“Alhamdulillah, sekarang saya sudah semakin pulih dan bersyukur dapat kongsikan lagu ini kepada peminat,” katanya.

Menurut Andi, lagu ini juga membawa mesej bahawa kebahagiaan tidak bergantung kepada status seseorang.

“Sama ada kita masih single atau sudah berkahwin, setiap orang ada perjalanan hidup masing-masing. Saya harap lagu ini dapat beri aura positif kepada pendengar dan menjadi permulaan yang baik untuk album saya akan datang,” ujarnya.

Aku Nak Kahwin kini boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula 17 April 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 17 Apr 2019

Drink and Stand a Chance to Win an All-Expense Paid Trip to Madrid!

Discover Heineken® Extra-Time Zones across Malaysia and stand to win an all-inclusive trip to Madrid for the UEFA Champions League final, among other exciting prizes.

Hiburan Mon, 21 Aug 2023

Kejelitaan Inca Medina Tarik Perhatian, Ramai Tawar Diri Nak Jadi Menantu Malique – “Cantik, Senyuman Sama!”

Aduhai manisnya Inca Medina ni 😍 Cantik sangat senyuman dia ☺️ Anak dah muncul, bapa bila nak munculkan diri? 🫣

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Fri, 6 Mar 2026

Karl Shafek Sebak Kuah Kacang ‘Sold Out’ Dalam Masa 5 Minit, Sempat Titip Penghargaan Buat Siti Nurhaliza – “Saya Terasa Seolah-Olah Diberi Sayap Kecil Untuk Terbang”

Pelakon dan pengacara yang kini bergelar usahawan, Karl Shafek mengejutkan ramai pihak apabila dia gagal menahan sebak selepas produk kuah kacangnya habis terjual kurang daripada lima minit.

Hiburan Wed, 12 Feb 2025
Featured Thu, 6 Oct 2022
Kisah Viral Mon, 20 Jan 2025
error: Content is protected !!