Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 24, 2026 @ 2:51pm

“Saya Bangga Lihat Mamat, Wajah Dia Lebih Segar & Cara Bercakap Pun Berbeza” – Ajai

Penyanyi dan komposer dan anggota kumpulan Exists, Ajai meluahkan rasa bangga apabila melihat perubahan positif rakan seperjuangannya, Mamat Exists yang kini bangkit daripada fasa terendah dalam hidupnya.

Kata Ajai atau nama lengkpanya, Mohd Faizal Maas, 51, kegembiraan sebenar buat dirinya adalah apabila melihat semua anggota Exists berjaya menjalani kehidupan yang stabil, termasuk Mamat yang kini semakin pulih dan kembali ke landasan betul.

“Kegembiraan pada rakan yang pernah kita membesar bersama itu yang paling penting. Bagi saya, anggota lain semua dah capai matlamat masing-masing. Masing-masing ada rezeki, kesenangan meskipun tidaklah terlalu kaya dan tidaklah susah.

“Tetapi cukup untuk menampung kehidupan dan menjaga keluarga. Jadi saya mahu perkara itu juga ada pada Mamat,” katanya.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert Exist Memento Mori yang diadakan di JW Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai perubahan Mamat, Ajai menjelaskan ia bukanlah hasil sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan sahaja, sebaliknya keazaman dirinya sendiri untuk keluar daripada persekitaran negatif.

“Alhamdulillah dengan doa ahli dan sokongan berterusan supaya dia tidak lagi terlibat dengan persekitaran yang tidak betul. Saya pernah cakap dengan dia bahawa hati sendiri yang tentukan sama ada mahu keluar atau tidak daripada semua ini.

“Orang lain boleh beri nasihat, beri sokongan, tetapi keputusan itu datang daripada diri dia sendiri. Hari ini dia buktikan bahawa perubahan itu memang datang daripada dirinya,” jelasnya.

Sementara itu, pelantun lagu Keliru itu turut berbangga melihat perbezaan ketara pada diri Mamat, bukan sahaja dari segi penampilan, malah cara percakapan dan pembawakan dirinya.

“Saya rasa bangga hari ini kita dapat lihat wajah dia yang lebih segar, cara dia bercakap pun berbeza. Memang lain dengan Mamat yang kita kenali sewaktu dia berada dalam masalah dahulu.

“Yang paling saya banggakan apabila dia kini dipercayai oleh pihak Pengasih Malaysia untuk beri motivasi kepada mereka yang pernah bermasalah seperti dia. Dia kongsikan pengalaman positif dan negatif, dan bagaimana dia bangkit ke arah yang lebih baik.

“Itu sesuatu yang sangat bermakna kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman tersebut. Bangga saya bukanlah apa, cuma saya mahu dia lalui kehidupan seperti apa yang kami lalui sebelum ini. Itu sahaja,” ujarnya.

Untuk info, sempena 35 tahun penglibatan dalam industri muzik tanah air, Ajai dan Mamat bersama lima lagi ahli kumpulan lain bakal menggegarkan konsert Exists Momento Mori di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Ogos depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

《木偶奇遇记》也要拍真人版!锁定汤姆汉克斯

迪士尼积极将动画翻拍成真人版电影!日前将目标放在《木偶奇遇记》,传出锁定奥斯卡影帝汤姆汉克斯主演。

Trending Mon, 21 Oct 2019

Leka Main Pokemon Go, Wanita Maut Ditembak

Tak Sedar Terperangkap Dalam Rompakan

Hiburan Sun, 2 Dec 2018

Resepsi Penuh Gemilang, Priyanka Chopra Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’?

Ayoooo, kenapa pula netizen di sana sindir Priyanka pula ni?

Featured Sun, 12 Dec 2021

Britney Spears Tak Rancang Nak Jemput Ahli Keluarga Hadiri Perkahwinannya

Selepas berjaya memperoleh hak kebebasan untuk membuat keputusan dan memiliki semula pendapatannya sebagai seorang artis, Britney Spears kini memilih untuk hidup dalam keadaan yang membahagiakannya. Baru-baru ini, penyanyi Baby One More Time itu memberitahu sumber […]

Trending Thu, 17 Jun 2021

“Sebagai Manusia Hidup Bermasyarakat, Kita Perlu…” – Loca B Tak Sabar Menanti Tarikh Temujanji Vaksin

Penyanyi rap, Loca B atau nama sebenarnya, Nabilah Hani Azali, 29, tak sabar menanti tarikh untuk temujanji vaksin Covid-19. Memberikan pandangan mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang giat dijalankan, Loca sudah mendaftar namun masih […]

error: Content is protected !!