Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 25, 2026 @ 3:19pm

Angkat Vibes Muzik Jiwang 90-an, El Riss & Fana Ibrahim Bergabung Dalam ‘Adat Bercinta’

Dua nama muda yang sedang meningkat dalam industri muzik tempatan, El Riss dan Fana Ibrahim, tampil dengan kolaborasi pertama menerusi single terbaharu berjudul Adat Bercinta.

Lagu ini membawa pendekatan lebih jujur dalam menggambarkan sesebuah hubungan, dengan penceritaan yang dekat dengan pengalaman kehidupan sebenar dan tidak hanya memfokuskan sisi indah percintaan semata-mata.

El Riss yang mula dikenali di platform TikTok sebelum mencipta impak besar menerusi lagu Lukisan dengan lebih 13 juta tontonan, terus memperkukuh kedudukannya sebagai penyanyi yang menitikberatkan emosi dalam setiap karya.

Menurutnya, Adat Bercinta yang bernuansa muzik jiwang 90-an lahir daripada pengalaman yang cukup peribadi.

“Lagu ini datang daripada rasa yang sangat jujur. Ia bukan sekadar cerita cinta yang manis, tapi turut menyentuh realiti hubungan yang ada pasang surut. Saya percaya ramai akan rasa dekat dengan apa yang cuba disampaikan,” katanya.

Dalam masa sama, Fana Ibrahim yang baru berusia 18 tahun semakin mencuri perhatian sebagai antara bakat baharu yang menyerlah. Selepas tampil dengan single pertama Tanpa Relaku, dia terus menonjol dengan kebolehan vokal dan kemahiran bermain gitar yang menjadi identitinya.

Pengalaman menyertai program realiti nyanyian turut membantu membina keyakinan dan memperkukuh kehadirannya dalam industri sebagai artis muda berpotensi.

Berkongsi mengenai kolaborasi ini, Fana mengakui peluang tersebut memberi makna besar dalam perjalanan seninya.

“Saya memang teruja bila tahu akan berduet dengan El Riss. Walaupun latar belakang kami berbeza, bila digabungkan, ia hasilkan warna yang lain dalam lagu ini,” ujarnya.

Menggabungkan kekuatan emosi dan elemen muzik yang segar, Adat Bercinta menampilkan keserasian vokal kedua-dua penyanyi yang disampaikan dengan penuh penghayatan.

Lagu ini merupakan hasil ciptaan komposer Achik Asrain dan Adek Soraya, dengan tema yang menyentuh bukan sahaja keindahan cinta, tetapi juga cabaran, kejujuran dan kematangan dalam sesebuah hubungan.

Dengan gabungan dua bakat yang sedang meningkat naik serta naratif yang dekat dengan kehidupan, lagu ini dilihat berpotensi untuk mencuri perhatian pendengar tempatan.

Single Adat Bercinta kini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 24 April 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Dec 2022

Video Wanita Galak Berjoget Demi Air Percuma, Ini Reaksi Aliff Teega

Personaliti media sosial, Alif Teega memberi teguran kepada individu yang tular di media sosial akibat berjoget demi mendapatkan minuman percuma di Pesta Pulau Pinang. @alifteegamana pergi malu😭 ♬ Calm Humming – Nasheed Menerusi video yang […]

Trending Tue, 16 Oct 2018

Yay! Isteri Putera Harry, Meghan Markle Disahkan Mengandung!

Dia akan menjadi pewaris takhta Britain yang ke-7.

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

Tiga Hari Menuju Perkahwinan, Awi Rafael & Atikah Suhaime Umum Kejutan!

Andai kata betul , semoga hubungan antara Awi Rafael dan Atikah Suhaime masih lagi baik

Trending Wed, 7 Apr 2021
Hiburan Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Aiman-Zahirah Pilih Februari 2020

Sementara itu, Aiman juga memaklumkan majlis perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur.

Events Fri, 30 Nov 2018
Hiburan Wed, 18 Apr 2018

Kenapa Siti Sarah Tunda Konsert?

Mentor Otai ini mengganggap penundaan itu sebagai satu rahmat pula baginya kerana berpeluang mendapatkan masa yang lebih panjang untuk latihan serta persiapan.

error: Content is protected !!