Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 29, 2026 @ 1:06pm

Trisha Ooi Masuk Gelanggang! All Star Championship: Dubai Edition Satukan Influencer 7 Negara Dalam Pertarungan Tinju Pertama Seumpamanya

Pelakon Trisha Ooi mencuri perhatian apabila menyahut cabaran menyertai kejohanan tinju antarabangsa All Star Championship: Dubai Edition yang bakal berlangsung pada 3 Mei ini di Dubai.

Trisha atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, merupakan antara selebriti dan pempengaruh media sosial dari tujuh negara yang bakal menyertai All Star Championship: Dubai Edition di Round 10 Boxing Club, Dubai.

Selain Malaysia, acara itu menghimpunkan 16 influencer dari negara lain seperti Rusia, Maghribi, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Jepun dalam pertandingan berkonsepkan sukan kompetitif.

Ketua Pegawai Eksekutif acara tersebut, Datuk Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran itu dianggap antara yang pertama di dunia kerana menggabungkan elemen sukan tinju dengan pengaruh media sosial.

“Ini bukan sekadar acara biasa kerana kami menghimpunkan influencer dari pelbagai negara untuk bertanding dalam suasana kompetitif, tetapi masih mengekalkan semangat kesukanan.

“Dalam masa sama, ia memberi peluang kepada mereka untuk mencabar diri dan keluar daripada zon selesa,” katanya.

Menurutnya, pemilihan peserta bukan dibuat berdasarkan populariti semata-mata, sebaliknya mengambil kira faktor fizikal, disiplin dan kesediaan menjalani latihan intensif.

“Kami mahu setiap perlawanan nampak seimbang dan berkualiti. Jadi aspek seperti keserasian karakter, komitmen dan semangat bertanding sangat penting dalam pemilihan peserta,” ujarnya.

Tambahnya, semua peserta perlu menjalani latihan selama empat bulan sebelum dibenarkan naik ke gelanggang.

“Kalau tiada disiplin dan usaha, pertandingan ini tidak akan menjadi. Sebab itu setiap peserta perlu konsisten dalam latihan dan menunjukkan perkembangan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, Abd Rahman menegaskan soal keselamatan diberi perhatian serius memandangkan acara tersebut melibatkan peserta antarabangsa.

“Semua peserta perlu melalui pemeriksaan kesihatan termasuk ujian darah dan rekod perubatan sebelum dibenarkan bertanding.

“Keselamatan adalah perkara utama kerana ia melibatkan risiko fizikal dan juga tanggungjawab besar buat pihak penganjur,” katanya.

Menurutnya lagi, pelbagai langkah keselamatan tambahan turut disediakan termasuk pasukan perubatan, ambulans dan pematuhan penuh terhadap garis panduan badan pengawal selia di Dubai.

“Doktor dan pasukan kecemasan akan berada di lokasi sepanjang acara berlangsung supaya sebarang situasi dapat dikendalikan dengan cepat dan profesional,” jelasnya.

Bagi kategori wanita pula, penggunaan pelindung muka dan sarung tangan khas diwajibkan bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Dalam masa sama, Abd Rahman memaklumkan dia sendiri akan berada lebih awal di Dubai untuk memastikan semua persiapan dan tahap keselamatan berada dalam keadaan terbaik.

“Kalau ada perkara yang dirasakan tidak selamat, kami tidak akan teruskan. Peserta berada di bawah tanggungjawab kami dan keselamatan mereka sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Peminat tinju dan pengikut dunia influencer boleh mendapatkan tiket menerusi laman rasmi All Star Influencers.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 May 2018

品冠回马签唱会 粉丝大胆台上索吻

久违的品冠上周末回马为最新专辑《言外之意》举办签唱会,吸引不少粉丝前来一睹偶象风采;除了马来西亚,还包括中国、香港及新加坡的粉丝到场支持!

Featured Wed, 3 Aug 2022

7 Video Lucah Individu Mirip Vokalis Lelaki Popular Tersebar, Rakam Aksi S*ks Melampau!

Nohhhhh ghisau! Biar betul ni? Agak-agak siapa eh? 👀

Featured Wed, 5 Sep 2018

Cantiknya Sara Iftekhar, Memang Layak Dipilih Sebagai Peserta Ratu England

Sara Iftekhar harap untuk menjadi Muslim pertama yang memenangi pertandingan Ratu England.

Featured Fri, 27 Oct 2023
Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Ahmad Syafiq & Wawa Shazwa Tampil Dengan Menduakan Cinta, Angkat Kisah Luka Dan Pengorbanan

Gandingan penyanyi Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Menduakan Cinta.

Featured Tue, 28 Mar 2023
error: Content is protected !!