Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 5, 2026 @ 12:09pm

“Tak Perlu Kejar Takhta” – Awie Tegas Gelaran ‘Raja Rock’ Selayaknya Milik Amy Search

Penyanyi rock tersohor, Datuk Awie merendah diri apabila menegaskan gelaran ‘Raja Rock’ Malaysia bukan miliknya, sebaliknya kekal milik Datuk Amy Search.

Bagi Awie, sumbangan besar Amy yang dianggap sebagai pelopor irama rock di negara ini sudah cukup untuk mengangkat legenda itu sebagai figura nombor satu, malah layak digelar ‘Godfather’ dalam industri berkenaan.

“Saya tetap menghormati yang memegang gelaran nombor satu Malaysia (Raja Rock) adalah Amy Search. Dia yang pertama memulakan irama rock di negara kita, itu yang patut kita angkat sebagai ‘Godfather,” katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Awie Rock King: The Last Man Standing di Hotel Premiera, pada, Isnin.

Mengulas dakwaan yang sering mengangkatnya sebagai antara figura utama rock negara, vokalis kumpulan Wings itu menegaskan dia tidak pernah mengejar gelaran, sebaliknya lebih mementingkan kualiti persembahan.

“Soal gelaran ini saya tidak kisah. Itu bukan tujuan saya. Saya tak kejar title.

“Apa yang saya mahu adalah beri kepuasan kepada peminat melalui pengalaman dan kebolehan yang saya ada. Setiap persembahan itu saya nak mereka rasa puas,” ujarnya.

Tambah Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 58, kedudukan dalam industri biarlah dinilai oleh peminat, bukan sesuatu yang perlu dipertikaikan dalam kalangan penggiat seni.

“Siapa nak nombor satu, dua atau tiga, ambillah. Bagi saya, yang penting adalah apa yang kita beri di atas pentas,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Awie bakal menggegarkan pentas menerusi konsert Awie Rock King: The Last Man Standing yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September ini.

Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media itu dijangka menjadi persembahan solo epik yang menghimpunkan perjalanan lebih empat dekad kerjaya seni Awie.

Awie berharap konsert berkenaan bukan sekadar hiburan, sebaliknya menjadi medan meraikan legasi muzik rock agar terus hidup dan relevan dalam kalangan generasi baharu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Aug 2022

Video Tonton Bola Tapi Aeril Zafrel Guna ‘Sound’ Lagu Kahwin Jadi Bualan Netizen

Pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel sungguh sinonim dengan gelagat lucunya yang sering menarik perhatian ribuan peminat terutama di platform TikTok. Terbaharu, Aeril dilihat berada di luar negara dan berpeluang menonton bola sepak di Old […]

Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Wed, 10 Nov 2021

“Jangan Tersepak Tersungkur Jatuh…” – Risau Penonton Gelak, Nam Ron Teruja Jadi Model Catwalk

Pelakon berbakat besar, Nam Ron, 52, meluahkan rasa teruja apabila pertama kali beraksi di pentas peragaan dalam acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 yang berlangsung pada Ahad lalu. Berpeluang memperagakan pakaian jenama Neonate Clothing […]

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Wed, 31 May 2023
Hiburan Wed, 12 Jun 2019

‘Lepas Kahwin, Saya Asyik Tengok Jam’- Megat Mentor

Mengimbau detik perkenalan, Megat berkenalan dengan isterinya, Nural Bania Bt Bahari pada tahun 2016 di sebuah restoran di Tawau.

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Comel! Mikayla Delisha Hakim Nama Anak Norman-Memey

Assalammulaikum… Hi, salam Jumaat semua. Papa dan mummy dah bagi kita nama tau. Nama kita kan, dengan izin Allah, nama kita Mikayla Delisha Hakim.

error: Content is protected !!