Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 5, 2026 @ 12:11pm

Kes Nubhan & Dr Fie: Tidak Wujud Unsur Balas Dendam, Peguam Dakwa 3 Pelanggaran Perintah Berlaku

Prosiding pertama melibatkan dakwaan pelanggaran perintah antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Fie disambung pada 10 Ogos depan.

Menurut Peguam Syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, tarikh itu ditetapkan mahkamah bagi membolehkan pihak defendan, memfailkan afidavit pembelaan berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut Mohd Redzuan, prosiding kali pertama bagi kes komital yang difailkan anak guamnya itu susulan dakwaan wujudnya tiga pelanggaran perintah mahkamah sebelum ini.

Dakwanya, pelanggaran itu membabitkan terma yang dipersetujui secara bersama sebelum ini.

“Ini merupakan prosiding kali pertama bagi pelanggaran perintah yang difailkan oleh Encik Nubhan terhadap Dr. Fie.

“Perintah itu sebelum ini telah dipersetujui bersama dan terma perintah tersebut juga dicadangkan sendiri oleh pihak Dr. Fie,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan memaklumkan butiran terperinci mengenai pelanggaran tersebut tidak dapat didedahkan buat masa ini bagi mengelakkan sebarang prejudis terhadap kes.

Selain, menegaskan tindakan yang diambil Nubhan ini bukanlah bersifat balas dendam.

“Tindakan ini bukan atas kapasiti balas dendam. Kami sebenarnya mengambil masa yang cukup lama untuk mempertimbangkan sama ada perlu memfailkan tindakan ini atau tidak.

“Namun, saya difahamkan oleh Nubhan, sekiranya ada permohonan maaf yang dibuat secara suci hati dan ikhlas daripada pihak sana, beliau sedia mempertimbangkan untuk menarik balik kes ini,” jelasnya.

Terdahulu, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad memilih saluran mahkamah demi mempertahankan maruah diri dan membersihkan namanya daripada terus menjadi mangsa fitnah dan manipulasi spekulasi masyarakat.

Nubhan juga menjelaskan bahawa dia sebelum ini memilih untuk berdiam diri bagi menjaga keharmonian banyak pihak, namun dakwaan yang tidak tepat termasuk isu hak penjagaan anak memaksanya untuk mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Aug 2021
Featured Sat, 9 May 2020
Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

Craving Masakan Asli Negeri Sembilan? Jom Singgah Ke Aunty Aini’s Garden Cafe, Sedappp!!

Aunty Aini’s Garden Cafe ini pernah dikunjungi Cef terkenal Gordon Ramsay dan mendiang Anthony Bourdain. Hebat!

Featured Wed, 14 Jun 2023
Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Ziana Zain: “I’m a Mother as Well as a Father to My Children…”

“I would prepare their breakfast and send them to school, and return home to prepare their lunch…”

error: Content is protected !!