Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 6, 2026 @ 1:40pm

“Ramai Makin Sakit Hati, Too Much Hate” – Nabila Huda Persoal Sikap Netizen Suka Menghakimi

Pelakon versatil, Nabila Huda tampil meluahkan pandangannya mengenai sikap segelintir masyarakat di media sosial yang disifatkan semakin gemar mencari kesalahan dan menghakimi kehidupan orang lain.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Nabila atau lebih mesra disapa Abil berkata, pengalaman hidup dan trauma yang pernah dilaluinya mengajarnya untuk tidak mudah menilai seseorang.

“In this social media era, ramai yang makin sakit hati. Too much hate. I’m always curious, how were you raised?

“Sebab saya, my childhood trauma taught me something else. Never judge, never cari salah orang, never try to betulkan hidup orang lain,” tulisnya.

Menurut aktres filem Libang Libu ini, setiap individu mempunyai perjalanan hidup berbeza dan tiada siapa tahu ujian yang bakal dihadapi pada masa akan datang.

“You have no idea what life is about to serve you. So be ready,” katanya lagi.

Dalam masa sama, aktres berusia 42 tahun itu mengakui segala pengalaman pahit yang pernah dilalui membuatkan dia kini lebih matang dan tidak mudah terkesan dengan pandangan negatif netizen.

“Me? I’ve been there. Done that. Felt it all. That’s why I don’t keep listen to noise. You weren’t there in my journey.

“I will keep moving. Exploring characters. Chasing dreams,” ujarnya.

Nabila turut menitipkan pesanan agar orang ramai tidak terus hidup dalam kemarahan kerana ia hanya memenatkan emosi sendiri.

“May you find the kind of happiness that softens your heart. Jangan marah-marah okay. Penat tau carry that kind of energy. Life is too short for that,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Featured Sun, 26 May 2024
Trending Tue, 4 May 2021

Nak Shopping Raya? Mudah Je Dengan ‘Jom Heboh Di Rumah’… Jangan Lupa Saksikan Malam Ini!

Jom Heboh Di Rumah (JDHR), kembali mewarnai kaca TV anda selama 2 hari bermula malam ini, 4 Mei 2021 dan esok, 5 Mei 2021 ini. Tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, […]

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

「唱作天后」邓紫棋重返大马!一连两场唱响云顶

「唱作天后」邓紫棋重返大马!一连两场唱响云顶。

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Asyik Dibuli Netizen…Bintang K-Pop Ini Bunuh Diri!

Ternyata, kematian Sulli amat mengejutkan komuniti penggemar muzik K-pop di seluruh dunia. 

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Fadzly Fuad Tak Ralat Nama Kurang Dikenali, Bersyukur Banyak Tawaran Pengacaraan Sepanjang Ramadan

Fadzly Fuad ralat namanya kurang dikenali berbanding hos-hos lain.

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

error: Content is protected !!