Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 8, 2026 @ 6:00pm

Kristal OG Bukti 25 Tahun Masih Berbisa, Zepp KL Dibanjiri 2,500 Peminat

Lebih 2,500 peminat membanjiri Zepp Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu bagi menyaksikan Konsert Kristal OG 25 Tahun Perjalanan yang menjadi simbol perjalanan panjang kumpulan rock tempatan itu dalam industri muzik.

Konsert anjuran Pertubuhan Kasih KhaiRosma (PKKR) itu turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi konsert sulung yang berjaya dianjurkan pihak tersebut dengan sambutan luar biasa daripada peminat.

Walaupun persembahan berkenaan sudah berlangsung lebih seminggu lalu, kemeriahannya masih menjadi bualan peminat yang menganggap konsert tersebut sarat dengan elemen nostalgia dan penghargaan terhadap perjalanan seni kumpulan Kristal selama 25 tahun.

Sebanyak lebih 35 lagu dipersembahkan menerusi 10 segmen berbeza termasuk Tribute to Sifu Datuk Awie serta segmen Suatu Kenangan yang didedikasikan buat dua anggota kumpulan yang telah meninggal dunia.

Suasana di dalam dewan turut bertukar gamat apabila peminat sama-sama menyanyikan lagu-lagu hits popular kumpulan itu sambil menikmati persembahan pentas berskala besar dengan produksi bertaraf premium.

Menurut vokalis utama kumpulan tersebut, Lan Solo, konsert itu diadakan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka sejak dahulu hingga kini.

“Konsert ini memang kami dedikasikan khas buat peminat setia yang tidak pernah berhenti menyokong Kristal selama ini.

“Bagi kami, ia juga simbol penghargaan kepada mereka yang membesar bersama muzik Kristal sejak zaman kaset dan CD sehinggalah ke era digital hari ini,” katanya.

Tambah Lan, ulang tahun ke-25 itu cukup bermakna kerana menggambarkan perjalanan panjang kumpulan tersebut yang pernah melalui pelbagai cabaran sepanjang berada dalam industri.

“Sepanjang 25 tahun ini kami sudah menghasilkan 13 album. Walaupun ahli kumpulan silih berganti, identiti dan konsep muzik Kristal tetap dikekalkan.

“Kami sudah lalui macam-macam fasa termasuk jatuh bangun, cabaran dan kehilangan rakan seperjuangan, tetapi semua itu tidak pernah mematahkan semangat kami untuk terus berkarya.

“Syukur sampai hari ini lagu-lagu Kristal masih diterima dan relevan dalam kalangan peminat,” katanya lagi.

Antara momen yang paling mencuri perhatian pada malam tersebut adalah penampilan tiga pemain drum berbeza yang berkongsi pentas dalam satu persembahan khas.

Menurut Lan, setiap drummer mewakili era album berbeza bermula daripada album pertama sehingga album ke-13.

“Masing-masing tampil dengan kehebatan tersendiri dan apa yang paling menarik apabila mereka akhirnya bermain drum serentak di atas satu pentas.

“Itu antara momen paling kuat dari segi energi dan memberi nilai tambah kepada keseluruhan persembahan malam itu,” katanya.

Dalam masa sama, pihak produksi turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi Malaysia menerusi MyCreative Ventures atas sokongan terhadap pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Kreatif Industri Muzik dan Dana Persembahan Muzik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Jan 2023
Hiburan Fri, 19 Oct 2018

Ingatkan Senang Rupanya Tidak, Diana Danielle Kongsi Rahsia…

Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berharap penonton tidak terus membandingkan Gol & Gincu terdahulu dengan yang terbaru ini.

Trending Mon, 22 Jun 2020
Hiburan Mon, 11 May 2026

“Expect Saya Pakai Jubah Ke?” – Terkilan Niat Ikhlas Dipersoal, Nabila Huda Kecewa Bisnes Pasta Dikecam

Nabila turut menegaskan dirinya bukan seorang yang hipokrit semata-mata mahu meraih perhatian atau pujian orang ramai.

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Kalau Tahu Manisnya Berkahwin, Dah Lama Saya Kahwin” – Tiga Bulan Jadi Isteri, Eyka Farhana Luah Rasa Syukur

Eyka Farhana kongsi rasa indah melayari bahtera perkahwinan dengan Akhyar Rashid

Featured Sat, 9 Oct 2021
Hiburan Thu, 20 Mar 2025
Hiburan Tue, 4 Dec 2018

《木偶奇遇记》也要拍真人版!锁定汤姆汉克斯

迪士尼积极将动画翻拍成真人版电影!日前将目标放在《木偶奇遇记》,传出锁定奥斯卡影帝汤姆汉克斯主演。

Hiburan Sat, 27 Apr 2019

‘Di Mana Jati Diri Menteri Ini?’- Aishah Luah Rasa Kecewa Dengan YB Syed Saddiq

Nampaknya usaha Kementerian Belia dan Sukan membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal, BTS membuat persembahan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 mendapat pelbagai reaksi di kalangan selebriti. Selain pelakon Sharnaaz Ahmad, penyanyi Aishah turut ‘menegur’ Menteri Belia […]

error: Content is protected !!