Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 12, 2026 @ 1:05pm

“Perkara Itu Bukan Satu Perlumbaan” – Tak Kejar Gelaran ‘Raja Rock’, Amy Search Mahu Terus Ikhlas Dalam Berkarya

Penyanyi, Datuk Amy Search mengakui tidak memandang gelaran ‘Raja Rock Negara’, sebaliknya lebih mengutamakan keikhlasan dan kejujuran dalam berkarya.

Bagaimanapun, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 68, meluahkan penghargaan terhadap rakan seperjuangannya, Datuk Awie atas pengiktirafan tersebut.

“Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada dia tapi bagi saya, saya tak pernah rasa begitu sebab saya cuma buat kerja saya saja.

“Selebihnya kalau mereka rasa nak berikan gelaran itu terpulang.

“Bagi saya, saya tak rasa apa-apa sebab sebab dalam industri seni ni saya cuma buat kerja saya ataupun berkarya dengan penuh kejujuran dan selagi jalan tu ada, selagi itulah saya lukiskan perjalanan seni saya.

Amy demikian ketika ditemui media pada sidang media filem 5 Bomoh arahan Syed Fariz di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower, pada petang Isnin.

Dalam pada itu, pelantun lagu Isabella itu memaklumkan dia tidak pernah memikirkan gerangan individu yang lebih sesuai memegang gelaran tersebut kerana mempercayai setiap penggiat seni tidak berlumba-lumba mengejar perkara tersebut,

“Tak pernah terfikir. Dalam dunia seni ini, bukan satu perlumbaan. Mereka masing-masing ada perjalanan tersendiri. Mereka semestinya mempunyai visi dalam kerjaya mereka dan apa yang dibuat itulah impian mereka.

“Mereka hanya mencorakkan tanpa mengejar status dan gelaran.

Dalam perkembangan lain, selepas sekian lama tidak muncul di layar perak, Amy dilaporkan bakal muncul menerusi filem 5 Bomoh yang akan ditayangkan bermula 4 Jun ini.

Selain Amy, Datuk Aaron Aziz, Scha Alyahya, Datuk Afdlin Shauki, Aedy Ashraf, Ozlynn, Johan dan ramai lagi membintangi filem tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] “Tak Menyesal Ke Tak Pergi Konsert Aina Abdul?” – Soalan ‘Sempoi’ M Nasir Buat Ramai Terhibur!

Sempat bergurau pula Datuk M Nasir ni, legenda kan mana boleh missed konsert beliau!

Trending Thu, 6 Aug 2020
Trending Fri, 5 Mar 2021

Haiza Ceritakan Kisah Perempuan Gila Talak

Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul Mantan Isterimu baru-baru ini. Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital […]

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“BELAKANGNYA ADA BATU TAR RUMAH AKU” – BADAN BERJERAWAT UQASHA DIKUTUK

Rata-rata netizen mengutuk bahagian belakang badan Uqasha yang dikatakan berjerawat dan menggerutu.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Dukes Luah Luka Terpendam Dalam ‘Bila Kau Datang Menangis’

Dukes berkata proses merakam lagu ini tidak mudah kerana ia menuntut sepenuh komitmen dari emosi.

Hiburan Wed, 12 Oct 2022
Kisah Viral Sun, 19 Jan 2025
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

《偶像练习生》9%出道首张团体照!

中国偶像男团9%(NINE PERCENT)来自选秀节目《偶像练习生》,近来该团飞往美国洛杉矶集训,15日更晒出道后的首张团体照,短短一天时间,就吸引超过26万粉丝留言热议,引发讨论。

error: Content is protected !!