Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 12, 2026 @ 1:45pm

“Kalau Nak Tuntut Hutang, Boleh Hantar Mesej Peribadi Tak Perlu Burukkan Saya Kata Scammer” – Norish Karman

Pelakon, Norish Karman memaklumkan dia merancang untuk memulakan perniagaan kecil dengan membuka warung sekiranya benar mendapat wang berjumlah RM200,000.

Menerusi temu bual bersama podcast Bukak Mulut dikendalikan oleh Affendy Jailani, Norish atau nama lengkapnya, Nor’Ashikin Karman, 52, bagaimapun menjelaskan sebahagian daripada wang tersebut akan digunakan untuk membayar hutang segelintir pihak yang telah memberi bantuan.

“Sekiranya ada jumlah tersebut mungkin nak buka warung untuk kami berniaga sebab ramai sangat pencinta berjenama kami tanya bila nak buka kedai.

“Bukan seluruh RM200,000 itu, sebahagian duit tersebut akan digunakan untuk membayar hutang-hutang sahabat yang telah bantu kami,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

Dalam masa sama, Norish sempat menitipkan pesanan kepada pihak tersebut untuk tidak memburukkan dirinya dan keluarga berkaitan hutang, sebaliknya boleh menghubunginya secara peribadi bagi menyelesaikan masalah itu.

“Kepada mereka di luar sana yang rasa nak tuntut hutang boleh saja mesej saya. Tak perlu memburukkan kami di media sosial, atau berganding bahu dengan ‘blogger’ konon saya ni scammer.

“Kalau saya scammer, saya tak keluar beri penjelasan macam ni, saya akan duduk rumah teruskan scammer saya,” katanya.

Sementara itu, Norish menegaskan dia hanya seorang ibu tunggal yang berjuang untuk anak-anak, selain memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.

“Duit RM200,000 itu bukan banyak zaman sekarang ni. Selain daripada buka warung dan bayar hutang, perlu pastikan ada simpanan untuk setahun.

“Dan mungkin saya akan dapatkan insurans buat lapan orang anak saya. Duit itu tiada satu pun untuk saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, heboh di media sosial mendakwa Norish mahu membeli kereta jenis MPV menggunakan wang RM200,000 diterima oleh usahawan, Datuk Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hulur Gaji Puluhan Ribu Buat Norish Karman & Anak-Anak – “Mereka Bukan Meminta-Minta Tetapi Bekerja”

Artikel Berkaitan: “Itu Bukan Nasihat, Tapi Kutukan Yang Mendatangkan Dosa” – Disuruh Cari Kerja, Anak Norish Karman Bidas Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Lagu ini pernah dipopularkan Rossa pada 2006.

Featured Mon, 6 Apr 2026

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

[VIDEO] “Kalau Tak Buat Sesuatu, Tak Ada Siapa Notice Dia”  – Alyah Puji Aina Abdul Penyanyi Berani!

Queen puji queen! 🫶🏻 Min setuju, Aina memang berani dengan fesyennya yang sangat mega!

error: Content is protected !!