Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2026 @ 2:10pm

Scha Alyahya Tak Mahu Dijadikan Inspirasi, Akui Rumah Tangga Turut Diuji

Pelakon, Scha Alyahya mengakui rumah tangganya bersama suami, Awal Ashaari turut melalui pelbagai ujian meskipun sering dilihat bahagia di mata ramai.

Meskipun baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir, 43, berkata kehidupan berumah tangga tidak pernah lari daripada fasa turun naik.

“Kapsyen saya ‘still fighting’ itu sebab saya percaya tiada hubungan yang sentiasa indah. Setiap manusia berubah setiap hari dan bila dah lama hidup bersama, kita akan lebih mengenali pasangan kita.

“Bagi saya, rumah tangga ini bukan mudah. Kena banyak bersabar dan memahami satu sama lain. Saya pula jenis yang tak suka kalau ada masalah tapi dipendam.

“Kami kenal dan faham diri masing-masing. Kalau dulu saya akan terus berdepan dan ajak berbincang. Tapi bila sudah lama bersama Awal, saya faham itu bukan cara yang dia perlukan.

“Dia lebih suka menyendiri dahulu untuk tenangkan diri. Jadi saya belajar untuk tunggu dan beri ruang kepada dia,” katanya.

Scha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis memperkenalkan karya arahan Syed Fariz berjudul 5 Bomoh di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower pada Isnin.

Dalam pada itu, aktres drama Awan Dania itu mengakui dia kini tidak lagi meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hubungan, sebaliknya memilih untuk lebih menghormati pasangan dan menerima kekurangan masing-masing.

Malah, Scha turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu melihat kehidupannya sebagai gambaran rumah tangga sempurna hanya kerana apa yang dipaparkan di media sosial.

“Bila dah hampir 15 tahun berkahwin, saya rasa jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Apa yang penting adalah rasa hormat dan memahami pasangan.

“Jangan jadikan saya inspirasi sangat sebab hubungan kami pun rapuh seperti pasangan lain juga. Tiada rumah tangga yang mudah dan banyak perkara yang perlu diperjuangkan bersama,” ujarnya.

Menurut Scha lagi, dia dan Awal juga melalui cabaran seperti keluarga lain, cuma memilih untuk tidak terlalu berkongsi kepada umum.

“Alhamdulillah kalau ramai nampak kami sebagai pasangan contoh, tapi apa yang orang lihat di media sosial itu hanya luaran sahaja.

“Kami sama macam keluarga lain, tetap ada masalah sendiri. Cuma kami memilih untuk menjaga privasi dan ada batas dalam berkongsi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Single ‘Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Tiru Lagu ‘Beetlebum’ Kumpulan Blur, DUKES Beri Penjelasan

Betul ke lagu Bila Kau Datang Menangis nyanyian DUKES tiru lagu kumpulan Blur yang berjudul Beetlebum?

Hiburan Sun, 22 Jun 2025

Aina Abdul Dijemput Ke Kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Aina Abdul teruja dijemput ke kediaman Duta Besar Malaysia Di Paris

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

Mickey Ayo Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Nora Danish – “Saya Bergurau Bila Cakap…”

Mickey Ayo sifatkan Nora Danish wanita tak kuat merajuk, ada ‘heart of steel’

Hiburan Tue, 14 Jan 2020

Beauty YouTuber NikkieTutorials Came Out As Transgender

Nikkie, or Nikkie De Jager revealed the truth after she claimed to have been blackmailed.

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

「歌坛玉女」尤雅《往事只能回味云顶演唱会》与您共度良宵

歌坛第一玉女——尤雅将于2018年11月17日(星期六)在云顶云星剧场开唱,为大马歌迷唱尽经典。

Hiburan Sat, 12 May 2018

Kendall Jenner Dikecam?

Kendall turut berkongsikan gambarnya itu di laman Instagram beserta kapsyen, ‘Opps’ kepada lebih 90 juta pengikutnya.

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
error: Content is protected !!